Friday, March 28, 2014

Jiran Oh Jiran



Ini buku pertama yang saya kongsikan pada tahun ini. Buku ini saya perolehi percuma daripada PTS SDN BHD ! Bertuah tak?
Emm, sebenarnya pada 22 Mac 2014, saya telah menghadiri program Dakwah Kreatif di UM. Pelukis komik ini juga hadir sebagai speaker pada hari itu. Baru saya tahu, yang pelukis the MUSLIM SHOW ini datang daripada Perancis. 


Seperti kebiasaan, jika kita kita baca komik, ianya sangatlah santai dan menarik. Komik ini penceritaaannya sangat ringkas, dimana satu muka surat satu cerita sahaja. Apa yang saya tertarik, komik ini menyampaikan mesej-mesej islamik yang menceritakan kisah antara orang Islam dan bukan Muslim. Keluarga Muslim ini mempunyai jiran non-Muslim. Kisah dalam komik ini lebih memaparkan latar masyarakat atau amalan hidup seharian di Perancis. Mahupun begitu, masalah dan tribulasinya lebih kurang dan hampir menyerupai masyarakat Muslim bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia. 

0306
290314

No comments:

Post a Comment

Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~