Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Cinta? Mungkinkah Cinta? Oh, Tidak!


Malam ini teringin nak tulis pasai kisah cinta lah pulak dah..huhu..Ni dulu-dulu punya novel. Bukan novel baru. Dulu-dulu suka la jugak baca novel cintan cintun ni. La ni tak berapa nak minat la sangat. Sebenarnya, novel kat atas ni saya baca waktu darjah 6 (2007). Tahun tu baru mula minat novel. Saya rasa saya beli kat KLIBF kot Cinta? tu. Mungkinkah Cinta? tak ingat beli kat mana. Sebab dua novel ni kalau kat tempat saya, memang susah nak jumpa. Sambungan dia, Oh Tidak! Saya cuma pinjam kat kawan saja. Hihi, ingat lagi time tingkatan 1, bawak novel. Ada sapa ntah gempaq kata ada spotcek hari tu. Kami yang bawak novel ni kalut la. Last-last, balut ngan surat khabaq pi lempaq dalam tong sampah. <--tips sembunyi barang kalau ada spotcek. Huhu..Tapi, xdak pun spotcek tu, buat gempaq ja..

Berbalik kepada novel di atas, sekali tengok cover yang simple bewarna pink tu. Rasanya semua terbitan Nylea Publishing ada kaler pink. Ceritanya sangat best! Saya suka. Cerita tentang remaja berumur 17 tahun. Masih bersekolah. Tu yang suka tuh. Lagi satu, kalau baca memang lawak. (laugh)

Sedikit sinopsis, saya sambung Cinta?, Mungkinkah Cinta? dan Oh, Tidak!

Ada sorang budak perempuan ni, nama dia Kamelia. Dia ni cantik plus tomboi sikit-sikit kot. Ntah la tak berapa nak ingat sangat. Pastu, hero dia nama Zachary. Huh, memang hensem seperti yang diceritakanlah, tapi tak pernah la tengok lagi. Zachary ni suka usik Kamelia. Musuh-musuh, tapi dalam diam suka pulak. Ada satu peristiwa lawak ni, depa dua ni nak race motor. Padahal baru je belajar race motor. Race pun, bawak slow je..sampai la kemalangan. Pastu terpaksalah jawab SPM kat hospital. Selepas itu, dapat result tak berapa nak bagus sangat. Jadi, sambung lah diorang ke tingkatan 6.

Erm..itu je kot secuit sinopsis. Saya pun dah tak berapa nak ingat sangat. Tapi tau la yang cerita ni best. Huhu..

Monday, December 13, 2010

9 Nyawa


Tajuk: 9 Nyawa
Penulis: Ramlee Awang Murshid

9 nyawa sering kali dikaitkan dengan nyawa kucing yang dikatakan mempunyai 9 nyawa, namun novel ini bukanlah mengenai riwayat hidup seekor kucing. Novel ini mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan.

Kisah bermula dengan sebuah peristiwa kemalangan yang membabitkan dua buah kereta. Ketika itu, Intan Suryani berumur 8 tahun. Dalam kemalangan itu, ayahnya telah meninggal dunia manakala Intan Suryani masih terlantar di hospital. Ibunya Azizah sangat bimbang akan keadaannya anaknya. Azizah bersungguh-sungguh mahukan anaknya selamat. Dr. David Chu yang merawat Intan Suryani merupakan kawan ayahnya semasa di universiti dahulu. Dr David Chu dan Azizah saling berkenalan. Azizah menceritakan tentang masalah kesihatan Intan Suryani yang menghidap penyakit jantung sejak dilahirkan. Sejak itu, mereka menjadi rapat. Semasa sedang menjaga Intan Suryani di hospital, Azizah bermimpi, dalam mimpi itu, Intan Suryani dikelilingi berpuluh-puluh ekor kucing, Intan memberitahunya bahawa dia mempunyai 9 nyawa. Dia berkira-kira, Intan sudah kehilangan 2 nyawa-ketika dilahirkan dan dalam kemalangan itu.

Sepuluh tahun kemudian, Intan Suryani diserang penyakit jantung, dia rebah. Dia dapat melihat ibunya membuat CPR kepadanya, dan seminit selepas itu, dia sedar kembali. Intan sudah kehilangan 3 nyawa. Azizah sering terganggu dengan bayangan arwah suaminya, Sanusi yang menafikan bahawa Intan itu anaknya. Dahulu, atas kehendak suaminya yang mahu anak secepat mungkin, Azizah membuat kaedah IVF in vitro fertilisation di US. Selepas Intan dilahirkan, Sanusi tidak mempercayai bahawa Intan itu anaknya kerana Intan tidak menyerupai Sanusi.

Hakim, seorang lelaki buta hidupnya hanya tinggal sebatang kara. Ibu bapanya sudah meninggal dunia, kini dia tinggal bersam-sama adiknya,Shauqi di rumah flat kos rendah. Hakim mendapat tawaran bekerja di Hospital tan teck long menjadi telefonis. Adiknya, Shauqi terlibat dalam perniagaan barangan haram tanpa pengetahuan Hakim. Hakim dapat mendengar suara orang yang akan meninggal dunia. Dia dapat membantu En. Jaafar yang mempunyai hhutang dengan kawannya sbelum En Jaafar meninggal dunia.

Pada suatu hari, Khairil ke D’Diamond-perusahaan milik Azizah untuk membeli berlian. Intan melayan pelanggannya itu dengan baik sekali tetapi ditegah oleh Azizah. Azizah selalu mengongkong Intan.Azizah tidak membenarkan Intan terlalu rapat dengan mana-mana lelaki walaupun sebagai sahabat. Tiba-tiba, dua orang perompak memasuki galeri D’Diamond. Khairil menendang salah seorang perompak tersebut, oleh sebab terkejut, perompak itu melepaskan tembakan dan terkena ke kepala Intan. Walaubagaimanapun, Intan selamat. Dia kehilangan nyawanya yang ke-4. Dia menganggap khairil sudah selamatkan nyawanya. Untuk berterima kasih kepada Khairil, dia keluar makan tengah hari bersama-sama khairil tanpa pengetahuan Azizah. Pada saat itulah, perasaan cinta mula tumbuh di hati Intan.

Pada suatu malam, Intan bermimpi kelibat hitam yang menakutkan. Dia sesak nafas, dan kehilangan nyawanya yang ke-5. Pada malam itu, Azizah menukar tempat tidur dengan Intan. Pada keesokan harinya, rumah mareka didapati diceroboh tetapi tidak dipecah masuk. Kawalan keselamatan diperketatkan di rumah dua tingkat itu. Khairil datang ke rumah intan untuk ke Istanbul dengan alasan ibubapanya meninggal dunia. Pada malam itu, Azizah dikejutkan dengan kepulangan Dr. David Chu yang pulang dari Ireland setelah menyambung pelajarannya di sana.

Hakim berkawan rapat dengan Dr. Karen sejak dia bekerja di hospital. Dr. Karen berasa tertekan kerana teman lelakinya, Carl minta memutuskan hubungan mereka. Lebih menyakitkan lagi, apabila Dr. Karen mengetahui dirinya sedang mengandung. Dia bertekad ingin membunuh diri tetapi ditegah Hakim.

Azizah dan Intan kini dalam bahaya, ketika dalm perjalanan ke tempat kerja, dua buah motorsikal melepaskan tembakan kea rah mereka. Intan kehilangan nyawanya yang ke-6.

Dipercepatkan cerita, Intan menikahi Khairil. Semasa mereka berbulan madu di Singapura, Intan mengalami kejutan jantung. Intan koma. Dalam komanya, dia dapat berbicara dengan Hakim. Dia juga dapat mengetahui siapa Khairil yang sebenarnya. Khairil sebenarnya ialah Carl, boyfriend kepada Dr. Karen. Khairil sebenarnya hanya mahukan harta Intan selepas dia meninggal dunia. Tetapi Intan dapat diselamatkan dan Khairil ditangkap polis. Intan pula mula menyukai Hakim. Intan juga dapat mengetahui bahawa ibunyalah yang membuatkan Hakim menjadi buta dalam satu kemalangan. Pn Azizah akan berusaha untuk menyembuhkan mata Hakim.

Saturday, December 11, 2010

Chronicle 301 : Semester Satu

Novel ini, saya membacanya ketika raya haji dahulu semasa di kampung. Saya mengambil masa satu hari untuk menghabiskannya. Yelah, kat kampung memang tak buat apa-apa kerja. Jadi, baca buku jelah. Novel Chronicle 301: Semester satu ni, ditulis oleh empat orang penulis iaitu Ana Dania, Qayyum Nur, NeyJoehan, dan Anis Adlyana. Walaupun ditulis oleh 4 insan yang kreatif itu, tetapi saya tidak 'bercelaru' untuk membacanya. Bukan celaru apa, cuma saya rasa gaya penulisan mereka hampir sama. Seperti ditulis oleh seorang penulis.

Chronicle 301 ini menceritakan tentang 4 orang sahabat yang mempunyai latar belakang yang berbeza yang tinggal di sebuah bilik nombor 301. Jalan cerita mereka sama. Cuma yang berbeza halangan yang ditempuhi mereka. Semua watak menarik, cuma yang paling saya suka cerita watak Nisa.


Iman, ditulis oleh Ney Joehan
- Gadis Tomboy yang datang dari kampung di daerah Taiping
- Bapanya seorang penjual laksa dan ibunya telah meninggal
- Pertama kali jejakkan kaki ke KL, banyak perkara yang dia tidak tahu hingga menyebabkan beberapa insiden kelakar terjadi
- Penakut kepada keadaan gelap
- Dia suka kepada seorang pelajar lelaki skema dan kemudian perasaan sukanya berpaling arah kepada pelajar Indonesia yang datang belajar di UNITI



Nisa, oleh
- Gadis yang kelihatan lemah lembut tetapi ada kala mulutnya boleh laser
- Bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di UNITI, manakala ibunya bekerja sebagai kerani di bahagian pentadbiran UNITI
- Dia menaruh hati pada seorang pelajar senior yang bergelar ustaz




Awa, oleh Didi Danya
- Gadis penang yang skema yang becok mulutnya
- Anak manja dan anak tunggal
- Bapanya seorang taukeh nasi kandar di Pulau Pinang, ibunya tidak bekerja






Dan yang terakhir Jijah, watak ini adalah yang ditulis oleh Qayyum Nur, :D

Jijah, oleh Qayyum Nur
- Gadis kaya yang sangat 'sempoi'
- Ke mana-mana dengan basikal kesayangannya
- Anak kepada Dato Khalid, seorang usahawan terkenal dan Datin Maria, seorang mak datin yang ligat berpersatuan
- Pelajar senior yang cukup dia meluat suatu ketika dahulu, akhirnya disukainya. Namun malangnya, kawan pelajar senior itu yang bertindak dahulu mengushar Jijah

penerangan watak-watak di atas dipetik daripada blog Qayyum Nur

Thursday, December 9, 2010

Anakku Bijak Belajar

Alamak! Sudah tiga hari tertinggal. Huhu, nampaknya kena cover baliklah. Bukan apanya. Sebenarnya semalam malas sangat nak bukak internet sebab ada baca satu buku ni, best sangat! Erm..buku tu saya akan cerita akan pada post yang seterusnya.



Buku kali ni bertajuk Anakku Bijak Belajar. Sentuhan ibu bapa. Erm.. tengok dari tajuk sudah tahu buku ini khusus untuk ibu bapa. Tetapi kat depan cover tu dah tulis juga, untuk semua. Sebenarnya, buku ini saya sudah baca pada dua tahun lepas waktu itu saya di tingkatan 1. Saya tidak ingat sama ada saya membaca penuh atau 'selak-selak'. Tetapi apabila saya melihat isi-isi dalam buku ini, saya rasa seperti saya sudah membacanya. Hurm..memang buku ini harus dimiliki oleh setiap ibu bapa. Buku ini mak yang beli. Saya cuma 'tumpang' baca.

Walaupun sudah lama saya membacanya, saya selalu ingat ada dua kata-kata motivasi yang terkandung dalam buku ini.

Berkata Andrew Martin, seorang pelajar memberitahunya,

"Kamu tidak mahu dilihat sebagai ulat buku oleh kawan-kawan, tetapi kamu juga perlu belajar bersungguh-sungguh. Kamu perlu menyiapkan kerja-kerja sekolah tetapi perlu juga mendengar cakap kawan semasa di dalam kelas. Kalau tidak, kamu akan dipulaukan"-halaman 140

Kata-kata ini selalu mengingatkan saya, walaupun menjadi ulat buku, kita tak sepatutnya membaca buku sepanjang masa sehingga tidak menghiraukan orang lain. Selalu kalau kita lihat, ulat buku, mesti pendiam. Kalau saya tanya kawan sekelas saya, saya pendiam atau tidak, tentu mereka akan cakap tidak kerana saya ni agak kuat menyembang juga. Yelah, sekali sekala perlulah bergurau supaya belajar lebih santai dan tidak terlalu stress.

Lagi satu, ini mungkin berguna untuk ibu bapa. Tetapi kata-kata ini saya sudah tak ingat terletak di muka surat mana dan sukar jugak nak mencarinya. Kata-kata itu lebih kuranglah :-

"Ibu bapa tidak beri apa yang mereka dapat sewaktu mereka kecil kepada anak-anak mereka"

Ok, apa yang saya faham di sini ialah, ibu bapa tak didik anak mereka macam mana nenek ngan atuk kita didik ibu bapa kita. Contohnya, dulu ibu bapa kita selalu dipukul sebab tak perlu mengaji contohnya, tetapi, sekarang ibu bapa kita pukul tak kita kalau kita tak pergi mengaji??



Saturday, December 4, 2010

VT-Hilal Asyraf

Salam sejahtera, semoga hari ini anda menjadi manusia yang luar biasa daripada biasa-biasa. Ok, sebut saja Hilal Asyraf, mesti peminat setia novel islamik sudah tahu betapa bestnya karja Hilal Asyraf ni. Sebenarnya, inilah pertama kali saya membaca novel Hilal Asyraf ni. Pada mulanya tak dak niat pun nak beli novel ni, tapi disebabkan nak cukupkan duit beli buku hari tu, plus nak try baca karya penulis yang semakin terkenal ini so, beli je lah.

Apabila saya baca buku ini, SubhanAllah..bestnya! Mungkin saya tidak tahu tahap keseronokan membaca buku-buku beliau yang lain. Buku ini tentang pelajar sekolah MATRI. Itulah yang paling tertarik untuk saya membelinya.

Ceritanya mengisahkan, sekumpulan pemain bola tampar MATRI yang tidak lagi berjaya mendapat johan selepas 10 tahun yang lalu. Kemudian, datang seorang pelatih yang melatih pelajar-pelajar ini. Pada mulanya, pelajar-pelajar ini sangat degil, kasar dan sama waktu dengannya. Selepas itu, nama MATRI lebih menyerlah selepas mereka bersungguh-sungguh dalam latihan. Akhirnya, mereka berjaya mendapat pingat emas dan menewaskan SSNP.

Erm..watak dalam novel ini, diadaptasi daripada watak pemain yang sebenar. Tapi, saya rasa cerita ini ada yang direka. Huh, tak percayalah budak MATRI solat subuh pukul 10 pagi dan pemain-pemain semua bersifat kasar, sombong dan berlagak. Oh, tak percaya langsung tu perangai pelajar di situ walaupun tak mustahil jika ada yang begitu. Huhu, hati saya kuat mengatakannya adalah rekaan semata-mata. Erm...lagi satu buku ni agak unik dan menarik kerana tiada watak perempuan dalam novel tersebut kecuali itu pemain, itupun dalam beberapa perenggan sahaja. Jauh sekali lah ada cerita cinta antara manusia melainkan cinta kepada Allah. Novel ini juga menerapkan motivasi kepada remaja. Tidak lari juga, dakwah dalam bersukan. Dakwah yang ditonjolkan dalam bentuk santai, sangat menarik!

Saya tertarik kepada kata-kata "Matahari hanya akan malap apabila kiamat" <--kata-kata ini digunakan supaya mereka tidak putus asa dalam bermain bola tampar.

Thursday, December 2, 2010

JIBAM

Semoga hari ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Kata-kata ini yang selalu merangsang saya untuk menjadi yang terbaik setiap hari.

Penulis : Ujang
Penerbit : Creative Enterprise
Tahun : 2006
Mukasurat : 186

Saya baca buku ini waktu tu saya masih di tahun 6. Sebenarnya buku ini saya dapatkannya di KLIBF pada tahun 2007. Memang pada waktu itu, tak minat sangat la baca buku macam-macam ni. Tapi beli juga sebab penulisnya, Ujang sehari sebelum itu telah memberi ceramah pada Peserta-peserta khemah membaca. Pastu dah beli, takkan tak baca pulak. Siap dapat signature penulis lagi dan Ram rasanya pelukis komik kot. Bila dah baca, buku ni memang best! Patutlah, novel ni dikategorikan novel popular. Siap ada filem lagi!

Anekdot

Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia di sambut bukan di pesta besar. Sambutan diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.

Ini anekdot yang tercatat di belakang kulit novel ini.

Sinopsis

Jibam anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri.

Jibam dimusuhi Tuk Ngah Sudin. Selalu benar Sudin sering memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah Sudin.

Jibam juga dibenci Usin Singai. Marahnya Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin Singai menetap di atas tanah Tok Ngah Sudin yang sebenarnya dimiliki oleh Suman.

Dan Jibam, anak yang bodoh alang itu, perlahan-lahan membongkar rahsia kematian ayahnya. Ilmu ghaib yang diwarisi dari ayahnya serta khianat dan dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai.

Anekdot dan Sinopsis, dipetik daripada Ikatkata

Tuesday, November 30, 2010

Trilogi Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Murshid




Tajuk : Bagaikan Puteri
Penulis :Ramlee Awang Murshid
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd.

Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Haryani. Pada suatu hari, dia diragut. Kemudian dia koma di hospital. Setelah seminggu, doktor sahkan dia sudah meninggal dunia. Saifuddin difitnah dan melarikan diri ke Indonesia. Dia berkkhidmat untuk raja di sana. Dia digelar Laksamana Sunan kerana kegagahannya. Dia mempunyai kelebihan luar biasa. Dalam komanya, dia kembali pada ratusan tahun dahulu. Dia bertemu Laksamana Sunan. Dia mula jatuh cinta dengan Laksamana Sunan. Pada hari pengebumian Haryani, tiba-tiba satu kejadian luar biasa berlaku. Haryani dikatakan 'hidup semula' selepas dibunuh di zaman yang lalu itu.


Tajuk: Cinta Sang Ratu

Sambungan daripada Bagaikan Puteri, Laksamana Sunan mampu melembutkan hati Ratu Ratna. Ratu Ratna berkahwin dengan Sunan dan memeluk Islam. Tetapi malangnya, pada akhir cerita ini Ratu Ratna meninggaldunia.
Tajuk: Hijab Sang Pencinta

Sambungannya, Sunan dapat menembusi ke zaman alaf 21 ini dan dapat bertemu dengan Haryani. Haryani ingin berkahwin dengan Sunan. Malangnya, Saifuddin ditembak oleh seorang polis. Huh, macam-macam lah.

sedang baca----->
sebanarnya, sudah lama saya beli novel Cinta Sufi di pesta buku pada waktu itu, novel ini baru sahaja diterbitkan. Cuma saya menunggu novel Hijab Sang Pencinta dibaca dahulu.



Antara tiga novel diatas, saya rasa novel Cinta Sang Ratu paling best. Novel ini persis kisah cinta antara Ratu Balqis dan Raja Sulaiman. Yang kurang saya suka ialah Hijab Sang Pencinta kerana saya rasa novel ini agak boring. Terlalu banyak cerita perlawanan Sunan dan setan. Kata RAM, peminat tidak puas hati terhadap ending Hijab Sang Pencinta. Oleh itu, Cinta Sufi menyambung trilogi Bagaikan Puteri ini.

Sunday, November 28, 2010

Koleksi Ramli Awang Murshid

Kalau dengar nama Ramlee Awang Murshid, mesti orang sudah tahu novelis triller no. 1 Malaysia. Saya tahu, bukan semua orang meminati genre thriller, tambah-tambah lagi kepada perempuan yang tidak suka akan genre ini. Kawan-kawan saya juga tidak ramai yang meminati Ramlee Awang Murshid. Saya mula meminati Ramlee Awang Murshid ini ketika usia saya 12/13 tahun. Saya sudah lupa bila pertama kali saya membeli novel Ramlee Awang Murshid. Sebelum itu, saya hanya minat novel cinta sahaja.

Novel pertama yang saya mula-mula baca karya Ramlee Awang Murshid ini ialah Tombirou Terakhir. Novel ini kesinambungan daripada novel Tombirou & Semangat hutan. Sampai sekarang saya masih belum baca Tombirou, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku pada Amiruddin. Novel Tombirou Terakhir ini banyak menceritakan Amaruddin manakala watak Amiruddin sudah meninggal dunia dalam siri ini.

Novel RAM yang kedua, ADAM (Aku Darah Anak Malaysia). Saya meminjam novel ini di Perpustakaan sekolah pada tahun lepas. Ceritanya, tentang Hilman yang dituduh membunuh dalam satu kemalangan di US. Dia ditangkap dan tiada siapa yang boleh melepaskannya kerana pembunuh sebenar ialah President US. Namun, dia dapat melarikan diri daripada tahanan dan berhasrat untuk membalas dendam. Erm, jalan ceritanya unik.

Antara semua novel RAM, saya paling suka Ungu Karmila. Novel ini mengisahkan sepasang suami isteri,Arif dan Karmila yang tinggal di sebuah banglo. Dikatakan dalam banglo itu 'sesuatu' dan pelbagai kejadian aneh berlaku. Arif yang tidak mendengar nasihat, telah membawa bunga hutan untuk dikacukkan dengan bunga ros. Apabila dikacukkan, tumbuh bunga ros ungu. Dia menamakan bunga ros itu dengan nama Ungu Karmila. Sejak itu, kehidupan mereka tidak tenteram sehinggalah berlaku pembunuhan. Arif telah dituduh membunuh isteri dan orang gajinya dan membunuh diri. Dipercepatkan cerita, orang asli mempercayai sesiapa yang masuk ke banglo itu akan menemui ajal sehinggalah banglo itu terbakar. Seorang doktor telah menyiasat, semua kejadian berpunca daripada bunga Ungu Karmila. Apabila seseorang menghidu bunga itu, dia akan mengalami halusinasi. Itu yang menyebabkan mereka 'terbunuh' diri mereka sendiri. Huh, sungguh misteri. Cerita ini ada juga unsur-unsur seram yang diselitkan dan tidak banyak pembunuhan kejam yang terlibat. Itu yang membuatkan saya suka novel ini.

Novel ini pula tentang Mikhail. Yang mahu membalas dendam terhadap pembunuhan ayahnya. Dia mengikut sahaja kata-kata Uncle Dick yang menjaganya sejak kecik. Dia merupakan pembunuh professional namun, setelah melakukan pembunuhan, dia akan kembali pada kehidupannya seperti biasa-pekebun anggur. Namun, dalam satu misi pembunuhan, dia mengenal siapa dirinya yang sebenar-namanya bukan Mikhail. Cerita ini rasanya sangat kejam. Kejam dan licik!





Pertama kali saya membaca novel RAM, saya rasa penulisannya lain daripada yang lain. Genre thriller yang dibawakannya amat menarik untuk dibaca. Tidak seperti penulis thriller yang lain. RAM pandai mempelbagaikan gaya bahasa dan teknik plot supaya pembaca tidak bosan. Penulisannya juga membuatkan saya kagum seolah-olah penulis ini seorang doktor, penjenayah, penipu, penembak dan sebagainya kerana penceritaan dan pembawa sesuatu watak itu sangatlah seperti seseorang yang sudah mempunyai pengalaman besar dalam bidang tersebut. Kebanyakan ceritanya tentang pembunuhan dan paranormal. Mungkin hanya orang yang tinggi daya imaginasi dan banyak membaca yang boleh menulis novel-novel hebat seperti ini. RAM ada juga menyelitkan kisah-kisah percintaan, tetapi tidaklah terlalu ketara. Setakat ini, saya hanya mampu mengumpul 9 daripada novel-novel RAM. InsyaAllah, saya akan beli lagi. Hihi. :)

Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~