Showing posts with label thriller. Show all posts
Showing posts with label thriller. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

Sudah beli Rayyan Fantasi~

Bismillah. Bila tengok post dekat RAMFC, terus habaq kat mak, "Jom pi Aloq Staq esok". Semalam, alhamdulillah sampai jugak Aloq Staq lepas pergi Sungai Petani nak beli buku kat Hasani. Kat Hasani sekarang ni ada promosi 20%. Lepas pergi Sungai Petani, baru pergi Alor Star. Tak sangka dapat jumpa Ramlee Awang Murshid & RAMFC secara live semalam di City Plaza Alor Star semalam. Huhu.


Pak cik yang bawa beg tu, bawa semua novel RAM. Jenuh nak di sain.


Saya sudah crop gambar ini. Huhu.


Ni autografnya..

Mula-mula memang nak bawak semua novel RAM, tapi berat sangat malaslah. Rasa rugi pulak tak bawak, bukan senang nak jumpa. Dah la datang dari jauh (tak jauh sangat pun). Huhu. Saya baru baca sikit ja Rayyan Fantasi ni. Tadi, ada la jenguk-jenguk kat laman web RAMFC. Baru saya tahu yang Mie Long ni president RAMFC. Dalam Rayyan Fantasi ada satu watak nama itu. :)

Tuesday, November 30, 2010

Trilogi Bagaikan Puteri-Ramlee Awang Murshid




Tajuk : Bagaikan Puteri
Penulis :Ramlee Awang Murshid
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd.

Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Haryani. Pada suatu hari, dia diragut. Kemudian dia koma di hospital. Setelah seminggu, doktor sahkan dia sudah meninggal dunia. Saifuddin difitnah dan melarikan diri ke Indonesia. Dia berkkhidmat untuk raja di sana. Dia digelar Laksamana Sunan kerana kegagahannya. Dia mempunyai kelebihan luar biasa. Dalam komanya, dia kembali pada ratusan tahun dahulu. Dia bertemu Laksamana Sunan. Dia mula jatuh cinta dengan Laksamana Sunan. Pada hari pengebumian Haryani, tiba-tiba satu kejadian luar biasa berlaku. Haryani dikatakan 'hidup semula' selepas dibunuh di zaman yang lalu itu.


Tajuk: Cinta Sang Ratu

Sambungan daripada Bagaikan Puteri, Laksamana Sunan mampu melembutkan hati Ratu Ratna. Ratu Ratna berkahwin dengan Sunan dan memeluk Islam. Tetapi malangnya, pada akhir cerita ini Ratu Ratna meninggaldunia.
Tajuk: Hijab Sang Pencinta

Sambungannya, Sunan dapat menembusi ke zaman alaf 21 ini dan dapat bertemu dengan Haryani. Haryani ingin berkahwin dengan Sunan. Malangnya, Saifuddin ditembak oleh seorang polis. Huh, macam-macam lah.

sedang baca----->
sebanarnya, sudah lama saya beli novel Cinta Sufi di pesta buku pada waktu itu, novel ini baru sahaja diterbitkan. Cuma saya menunggu novel Hijab Sang Pencinta dibaca dahulu.



Antara tiga novel diatas, saya rasa novel Cinta Sang Ratu paling best. Novel ini persis kisah cinta antara Ratu Balqis dan Raja Sulaiman. Yang kurang saya suka ialah Hijab Sang Pencinta kerana saya rasa novel ini agak boring. Terlalu banyak cerita perlawanan Sunan dan setan. Kata RAM, peminat tidak puas hati terhadap ending Hijab Sang Pencinta. Oleh itu, Cinta Sufi menyambung trilogi Bagaikan Puteri ini.

Sunday, November 28, 2010

Koleksi Ramli Awang Murshid

Kalau dengar nama Ramlee Awang Murshid, mesti orang sudah tahu novelis triller no. 1 Malaysia. Saya tahu, bukan semua orang meminati genre thriller, tambah-tambah lagi kepada perempuan yang tidak suka akan genre ini. Kawan-kawan saya juga tidak ramai yang meminati Ramlee Awang Murshid. Saya mula meminati Ramlee Awang Murshid ini ketika usia saya 12/13 tahun. Saya sudah lupa bila pertama kali saya membeli novel Ramlee Awang Murshid. Sebelum itu, saya hanya minat novel cinta sahaja.

Novel pertama yang saya mula-mula baca karya Ramlee Awang Murshid ini ialah Tombirou Terakhir. Novel ini kesinambungan daripada novel Tombirou & Semangat hutan. Sampai sekarang saya masih belum baca Tombirou, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku pada Amiruddin. Novel Tombirou Terakhir ini banyak menceritakan Amaruddin manakala watak Amiruddin sudah meninggal dunia dalam siri ini.

Novel RAM yang kedua, ADAM (Aku Darah Anak Malaysia). Saya meminjam novel ini di Perpustakaan sekolah pada tahun lepas. Ceritanya, tentang Hilman yang dituduh membunuh dalam satu kemalangan di US. Dia ditangkap dan tiada siapa yang boleh melepaskannya kerana pembunuh sebenar ialah President US. Namun, dia dapat melarikan diri daripada tahanan dan berhasrat untuk membalas dendam. Erm, jalan ceritanya unik.

Antara semua novel RAM, saya paling suka Ungu Karmila. Novel ini mengisahkan sepasang suami isteri,Arif dan Karmila yang tinggal di sebuah banglo. Dikatakan dalam banglo itu 'sesuatu' dan pelbagai kejadian aneh berlaku. Arif yang tidak mendengar nasihat, telah membawa bunga hutan untuk dikacukkan dengan bunga ros. Apabila dikacukkan, tumbuh bunga ros ungu. Dia menamakan bunga ros itu dengan nama Ungu Karmila. Sejak itu, kehidupan mereka tidak tenteram sehinggalah berlaku pembunuhan. Arif telah dituduh membunuh isteri dan orang gajinya dan membunuh diri. Dipercepatkan cerita, orang asli mempercayai sesiapa yang masuk ke banglo itu akan menemui ajal sehinggalah banglo itu terbakar. Seorang doktor telah menyiasat, semua kejadian berpunca daripada bunga Ungu Karmila. Apabila seseorang menghidu bunga itu, dia akan mengalami halusinasi. Itu yang menyebabkan mereka 'terbunuh' diri mereka sendiri. Huh, sungguh misteri. Cerita ini ada juga unsur-unsur seram yang diselitkan dan tidak banyak pembunuhan kejam yang terlibat. Itu yang membuatkan saya suka novel ini.

Novel ini pula tentang Mikhail. Yang mahu membalas dendam terhadap pembunuhan ayahnya. Dia mengikut sahaja kata-kata Uncle Dick yang menjaganya sejak kecik. Dia merupakan pembunuh professional namun, setelah melakukan pembunuhan, dia akan kembali pada kehidupannya seperti biasa-pekebun anggur. Namun, dalam satu misi pembunuhan, dia mengenal siapa dirinya yang sebenar-namanya bukan Mikhail. Cerita ini rasanya sangat kejam. Kejam dan licik!





Pertama kali saya membaca novel RAM, saya rasa penulisannya lain daripada yang lain. Genre thriller yang dibawakannya amat menarik untuk dibaca. Tidak seperti penulis thriller yang lain. RAM pandai mempelbagaikan gaya bahasa dan teknik plot supaya pembaca tidak bosan. Penulisannya juga membuatkan saya kagum seolah-olah penulis ini seorang doktor, penjenayah, penipu, penembak dan sebagainya kerana penceritaan dan pembawa sesuatu watak itu sangatlah seperti seseorang yang sudah mempunyai pengalaman besar dalam bidang tersebut. Kebanyakan ceritanya tentang pembunuhan dan paranormal. Mungkin hanya orang yang tinggi daya imaginasi dan banyak membaca yang boleh menulis novel-novel hebat seperti ini. RAM ada juga menyelitkan kisah-kisah percintaan, tetapi tidaklah terlalu ketara. Setakat ini, saya hanya mampu mengumpul 9 daripada novel-novel RAM. InsyaAllah, saya akan beli lagi. Hihi. :)

Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~