Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Magnet Rezeki dengan Solat Dhuha


Bismillah, malam ini saya memilih buku ini untuk dikongsikan. Kalau tengok gambar di atas, itu bukanlah cover buku itu. Disebabkan saya melipat buku itu ketika membacanya, jadi covernya sudah melengkung. Payah nak luruskan balik dah sebab kulit buku itu nipis sangat. Selalunya kalau lipat, tak lah melengkung tahap kronik itu. Buku yang bertajuk Magnet Rezeki dengan Solat Dhuha ini ditulis oleh Muhammad Mokhtar. Buku ini mempunyai 140 muka surat. Tidaklah terlalu tebal, nipis saja.

"Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat" (Hadis laporan Tirmizi)

Daripada ahadis di atas, jelaslah, sesiapa yang mengerjakan solat duha, mereka memperoleh kemuliaan rezeki dan dijauhkan daripada kemiskinan. Sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa meminta kepada Allah, agar dimurahkan rezeki. Setiap umat Islam, kita tak sepatutnya meminta pertolongan kepada yang lain selain Allah, ini kerana Allah lah yang memberi rezeki kepada kita setiap masa. Solat dhuha bukan sahaja untuk membantu kita mendapatkan rezeki, bahkan untuk membersihkan kekotoran yang ada dalam rezeki kita.

Solat sunat dhuha boleh dilakukan semasa matahari sedang naik setinggi satu ataupun dua galah sehingga waktu menjelang solat Zuhur. Kita boleh melakukan solat sunat dhuha ini daripada dua hingga hingga dua belas rakaat. Dalam rakaat pertama selepas membaca al-Fatihah, kita bolehlah membaca surah asy-Syams. Pada rakaat kedua, selepai al Fatihah, baca pula surah ad-Dhuha. Atau boleh lah membaca Surah ad-Duha pada rakaat pertama dan Alam Nasyrah pada rakaat kedua selepas membaca surah al-Fatihah.

Solat sunat duha ini tidak asing lagi dalam kehidupan saya, saya selalu bersolat dhuha ini pada waktu cuti. Kalau waktu sekolah, kadang-kadang sahaja saya bersolat pada waktu rehat di surau kecuali pada hari Jumaat kerana pada hari itu sememangnya setiap pelajar akan bersolat di dewan selepas membaca yassin dan solat hajat berjemaah. Solat duha kami melakukannya secara sendiri. Teringat pula pada suatu hari Jumaat, selepas Solat hajat berjemaah, perut saya sakit. Maka dengan itu, wudhu' saya terbatallah. Ketika itu saya berada di saf tengah. Jadi, terpaksalah meninggalkan dewan untuk ke tandas.

Saya tahu, memang susah untuk mengajak orang turut menunaikan solat ini. Saya pernah mengajak kawan saya bersolat, tetapi dia tidak mahu. Katanya malas. Memanglah solat ini hanya hukumnya sunat, tapi apalah salahnya kita berikhtiar untuk membaiki rezeki yang peroleh.

Ada sebuah hadis yang mengatakan "Allah berkata, 'Aku menurut sangka hambaku padaku dan aku bersamanya sewaktu dia mengingati ku. Apabila dia mengingatiku, maka aku juga mengingatinya. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, aku juga mengingatinya di khalayak ramaiyang lebih baik. Apabila dia mendekatiku satu jengkal, aku mendekatinya satu hasta. Apabila dia mendekatiku dengan berjalan, aku mendekatinya dengan berlari"

Daripada hadis ini, kita dapat memahaminya sesiapa sahaja yang mahu mendekati Allah dengan bersungguh-sungguh, Allah memancarkan cahayanya dan mendekatinya. Sesungguhnya, Allah lebih dekat kepada seorang manusia berbanding urat nadinya sendiri.

Sebelum membaca buku ini, saya hanya tahu solat duha hanya untuk memudahkan dapat rezeki sahaja. Tetapi sebenarnya, solat dhuha ini sangat banyak fadilatnya antaranya,

  • Allah membina istana di syurga
  • Allah menghapuskan segala dosa
  • Allah mencukupkan semua keperluan
  • Allah memberikan pintu khusus untuk masuk syurga.
  • dan banyak lagi. Kalau nak tahu, bacalah buku ni. Huhu..
Jadi, marilah kita menunaikan solat sunat dhuha ini sacara istiqomah. Janganlah memberi alasan sibuk bekerja atau tidak ada masa. Cuba kita muhasabah diri kita, Allah telah memberi kita rezeki setiap hari, hanya sedikit saja masa untuk kita mendirikan solat dan sujud kepada Allah, salahkah? Jadi, marilah kita bersama-sama menunaikan solat duha ini. Tetapi sebelum itu, cukupkanlah solat wajib dulu. Lakukanlah secara istiqomah.

"Allah menyukai pekerjaan yang dilakukan secara terus-menerus walaupun pekerjaan itu kecil ataupun sedikit" (Hadis laporan Bukhari dan Muslim)

Thursday, December 9, 2010

Quranology


SubhanAllah, buku ini sangat best! Saya dapat tahu apa yang saya masih tidak tahu tentang Al-Quranul Karim. Saya dapat tahu perkara-perkara baru yang sebelum ini saya tidak tahu. Sememangnya, ilmu saya sedikit sangat. Jadi, saya perlu lebihkan membaca buku-buku seperti ini. Kalau tengok pada piramid bacaan, ternyata al-Quran itu perlu dibaca paling banyak. Jadi, saya rasa membaca buku mengenai al-Quran juga termasuk dalam tahap yang tertinggi itu.

Saya suka gaya penulisannya juga agak santai. Tidak terlalu formal saya rasa. Tidak membosankan. Ternyata penulisnya, Mohammad Asyraff Ayob berjaya memikat hati saya untuk terus membaca, dan membaca buku ini hingga ke bab yang terakhir. Sekiranya kita membeli buku ini, kita akan dapat ebook percuma dan boleh menghadiri kem tahfiz pada tahun 2013 dengan percuma!

Quranology, itulah tajuk yang diberi. Quranology, perkataan 'logy' pada tajuk buku ini bermakna 'akhiran sebagai pembentuk nama ilmu. Contoh yang selalu kita dengar, psychology, sosiology.

Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab sememangnya kita sudah tahu. Kita juga wajib membaca al-Quran dengan bertajwid. Dalam buku ini, penulis membuat persamaan, tajwid ini seperti Matematik Moden, manakala Qiraat pula seperti Matematik Tambahan. Jadi, Qiraat lebih susah dan perlu dipelajari kepada orang yang lebih pakar.

Terdapat satu kisah dalam buku ini, ada seorang wanita yang akan menjawab pertanyaan dengan menggunakan ayat al-Quran. Sepanjang hidupnya, tidak pernah bercakap cakap kosong. Semua kata-katanya adalah berdasarkan al-Quran.SubhanAllah.

Buku ini juga menerangkan 40 soal jawab fiqah popular tentang Quran. Dalam banyak-bayak itu, saya dapat tahu jika kita dalam berhadas besar kita tidak dapat memegang al-Quran. Kita boleh meletakkan alQuran tersebut di dalam beg bersama barang-barang yang lain. Jadi, bila membawa beg tersebut, kita perlu niat membawa beg biasa, bukan al-Quran. Hukumnya harus.

Sebenarnya banyak lagi kandungan buku ini yang sangat menarik.



Tuesday, November 23, 2010

Reformat Hatimu Dalam 354 Hari-Norudin Draman

"Dan ketahuilah bahawa dalam setiap tubuh itu ada seketul daging. Sekiranya ia baik, baiklah seluruh tubuh itu. Dan sekiranya ia tidak baik, tidak baiklah seluruh tubuh itu. Itulah hati."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Buku ini dibeli semasa saya berjalan-jalan di The Mall bersama-sama kakak, sehari sebelum Hari Konvokesyen mak di PTWC. Kami menginap di Hotel Legend. Jadi, kami berpeluanglah ber'window shopping' di The Mall.

Penulis buku motivasi ialah Norudin Draman @ Ustazcahaya. Buku yang setebal 220 muka surat ini diterbitkan oleh Oasis Books Sdn. Bhd pada tahun ini (2010). Reformat Hatimu Dalam 354 Hari, 354 hari itu ,merujuk kepada bilangan hari dalam satu tahun dalam kalendar hijrah. Buku ini, banyak berpandukan dengan bulan Ramadhan di mana pada bulan yang mulia ini hati kita berubah daripada yang buruk menjadi baik, daripada yang malas jadi rajin dan yang susah jadi senang. Namun, kenapa hati kita tidak menjadi seperti hati kita pada waktu bulan Ramadhan sepanjang tahun? Buku ini mengandungi enam bahagian (bab) Kuliah Hati, Akademik Ramadhan, Ada Apa Dengan Hati?, Servis dan Pemulihan Hati, Kunci Kebaikan Hati dan Baik Hati Setiap Hari Sampai Mati.

Memang seringkali kita melihat setiap kali bulan Ramadhan tiba semua orang hatinya berubah..yang buruk menjadi baik, yang malas jadi rajin. Pada bulan Ramadhan, setiap masjid selalu akan dipenuhi pada setiap waktu solat. Orang ramai akan berpusu-pusu ke masjid untuk berjemaah dan setiap hari hati kita akan berusaha melakukan amal ibadat, tetapi sayang sekali, selepas daripada bulan mulia itu, hati kita kembali seperti.

Dalam buku ini, ada tertulis hati kita perlu sentiasa dibersihkan daripada kotoran. Hati perlu selalu "dimandikan" supaya tidak kering. Hati ini boleh diumpamakan dengan Bumi, Bumi akan mati dan gersang tanpa air. Sirami hati kita dengan akidah, takwa, iman dan ilmu. Hati juga perlu dijaga seperti bayi.

Satu kata-kata, telah membuatkan saya termotivasi untuk menjadi lebih rajin

"Hari ini tidak rajin kerja, esok mahu rajin cari kerja"

kata-kata ini penulis mendapatinya di sebuah kedai telefon. Kata-kata ini ditulis atas sekeping kertas A4, oleh tauke kedai tersebut supaya pekerjanya tidak malas bekerja. Sebagai seorang pelajar, saya mahu mengubahnya sedikit. "hari ini tidak rajin belajar, esok mahu rajin kerja susah". Pada zaman sekarang, saya tahu sangat susah untuk mendapatkan kerja. Jadi, saya perlu rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kerja yang besar.

Pada awal buku ini ditulis:
BUKU INI DITULIS UNTUK :
Perubahan hidup bermula daripada perubahan diri, Perubahan diri bermula daripada perubahan hati





Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~