Hai awak awak sekalian. (Walaupun tak ada siapa pun nak baca blog ni lagi, mungkin)
Dah lama sangat dah tak menumpahkan kata di blog ini. Kali terakhir semasa di tingkatan tiga which was 15 tahun pada ketika itu dan sekarang dah 19 ! Pergh, lama. Apa kes ni tiba-tiba jeling blog pada malam malam buta ni?
Okay, kisahnya begini, selepas sahaja memasuki asrama di tingkatan 4, minat membaca saya semakin kurang. Mungkin kerana kesuntukan masa untuk membaca dan pada tingkatan lima pula sibuk dengan SPM. Jadi, apabila saya melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, saya hairan dan pelik. Mana hilangnya minat saya terhadap membaca? Saya maksudkan di sini ialah membaca buku-buku ilmiah selain daripada buku teks.
Dipendekkan cerita yang tak perlu dipanjangkan, pada tahun ini, saya telah berazam untuk membaca sekurang-kurangnya sepuluh buku. Selain buku pelajaranlah saya maksudnya. Dan pada masa yang sama, pada tahun ini juga, saya akan mengambil IELTS, jadi saya perlu banyak membaca buku bahasa Inggeris untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa tersebut sekaligus, dapat menambahkan pengetahuan dan menggerakkan sel-sel otak supaya lebih banyak berfikir.
0248
290314
No comments:
Post a Comment