Showing posts with label al-Quran. Show all posts
Showing posts with label al-Quran. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna (Hari 1)


Buku ini ditulis oleh Sulaiman Alkumayi. Dalam buku ini, penulis menerangkan satu persatu rahsia dan keistimewaan yang tersembunyi di sebalik nama-nama AsmaulHusna daripada Allah sehingga al-Shabur. Penulis memberi cadangan agar pembaca membacanya satu hari satu nama. Saya suka. Satu hari satu bab, maknanya satu hari kita dapat tahu keistimewaan nama Allah dan juga boleh mempraktikkannya. Semalam, saya membaca hari peratama yang dimulai dengan nama ALLAH. Apabila bacanya, baru saya rasa tenang sedikit nak amik result. Huhu, gelabah sangat. Takut pun ada, biasalah tu. Dengan mengingati Allah, hati kita akan jadi tenang. Percayalah.

Disini saya nak share sikit khasiat untuk menyembuhkan :-

1. Sesiapa yang membaca 'Ya Allah' sebanyak 5000 kali pada setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah, dengan izin Allah apa yang diinginkan di makbulkan oleh Allah.

2. Sesiapa yang membaca nama Allah ini secara rutin, setiap hari sebanyak 1000 kali dengan sebutan 'Ya Allah Ya Hu', Allah mengurniakan keyakinan yang sempurna kepada orang itu. Sesiapa yang membacanya pada hari Jumaat sebelum solat dalam keadaan yang bersih dan suci pakaiannya serta khusyuk hatinya, Allah mempermudahkan segala permintaannya.

3. Bagi sesiapa yang menderita sesuatu penyakit yang sukar disembuhkan oleh perubatan moden, kemudian dia berdoa kepada Allah dengan nama ini, dengan izin Allah dia sembuh, selagi ajalnya belum tiba.






Thursday, December 9, 2010

Quranology


SubhanAllah, buku ini sangat best! Saya dapat tahu apa yang saya masih tidak tahu tentang Al-Quranul Karim. Saya dapat tahu perkara-perkara baru yang sebelum ini saya tidak tahu. Sememangnya, ilmu saya sedikit sangat. Jadi, saya perlu lebihkan membaca buku-buku seperti ini. Kalau tengok pada piramid bacaan, ternyata al-Quran itu perlu dibaca paling banyak. Jadi, saya rasa membaca buku mengenai al-Quran juga termasuk dalam tahap yang tertinggi itu.

Saya suka gaya penulisannya juga agak santai. Tidak terlalu formal saya rasa. Tidak membosankan. Ternyata penulisnya, Mohammad Asyraff Ayob berjaya memikat hati saya untuk terus membaca, dan membaca buku ini hingga ke bab yang terakhir. Sekiranya kita membeli buku ini, kita akan dapat ebook percuma dan boleh menghadiri kem tahfiz pada tahun 2013 dengan percuma!

Quranology, itulah tajuk yang diberi. Quranology, perkataan 'logy' pada tajuk buku ini bermakna 'akhiran sebagai pembentuk nama ilmu. Contoh yang selalu kita dengar, psychology, sosiology.

Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab sememangnya kita sudah tahu. Kita juga wajib membaca al-Quran dengan bertajwid. Dalam buku ini, penulis membuat persamaan, tajwid ini seperti Matematik Moden, manakala Qiraat pula seperti Matematik Tambahan. Jadi, Qiraat lebih susah dan perlu dipelajari kepada orang yang lebih pakar.

Terdapat satu kisah dalam buku ini, ada seorang wanita yang akan menjawab pertanyaan dengan menggunakan ayat al-Quran. Sepanjang hidupnya, tidak pernah bercakap cakap kosong. Semua kata-katanya adalah berdasarkan al-Quran.SubhanAllah.

Buku ini juga menerangkan 40 soal jawab fiqah popular tentang Quran. Dalam banyak-bayak itu, saya dapat tahu jika kita dalam berhadas besar kita tidak dapat memegang al-Quran. Kita boleh meletakkan alQuran tersebut di dalam beg bersama barang-barang yang lain. Jadi, bila membawa beg tersebut, kita perlu niat membawa beg biasa, bukan al-Quran. Hukumnya harus.

Sebenarnya banyak lagi kandungan buku ini yang sangat menarik.



Sunday, November 28, 2010

Tip-tip Cemerlang Daripada Quran-Dr. Danial Zainal Abidin

Bismillah,

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai membaca sebuah buku yang sangat menarik sekali. Tip-tip Cemerlang daripada Quran. Penulisnya tidak asing lagi, Dr. Danial Zainal Abidin. Sebelum cuti sekolah, Ustazah Zaleha telah membuat ulasan tentang buku ini. Ustazah memberi pendapatan, bahawa buku ini sangat menarik untuk di baca. Ustazah hanya meminjam buku ini daripada Ustazah Basyira. Saya perasan, buku ini telah dibeli oleh emak. Jadi, rugilah sekiranya saya tidak membaca buku ini. Hampir seminggu saya mengambil masa untuk membacanya. Rasanya 'agak sukar membaca bahan bacaan fakta ini, tidak seperti novel yang kita boleh melangkau-langkau.

Dalam buku ini, terdapat 36 tip untuk menjadi individu yang cemerlang. Buku ini mendefinisikan cemerlang sabagai sesuatu pencapaian yang melepasi sesuatu piawai, namun cemerlang di dunia bukanlah segala-galanya. Cemerlang yang sebenar ialah apabila berjaya masuk ke syurga. Di sini saya sedar bahawa cemerlang bukanlah segala-galanya. Memang menjadi impian manusia ingin menjadi seseorang yang cemerlang. Kita janganlah hanya cemerlang di dunia, tetapi cemerlang di dunia dan akhirat.

Dalam buku ini, cemerlang yang di maksudkan bukan sahaja dari segi akademik, tetap dalam segala perkara. Antaranya ialah cemerlang dengan iman dan takwa, wawasan, merancang, ikhlas, sembahyang, beribadah, tawakal, perpaduan, komunikasi, masa dan sebagainya.

Saya amat tertarik dengan cemerlang dengan komunikasi berkesan dan masa di mana saya rasa saya kurang cemerlang dalam bab ini. Sebenarnya banyak perkara lagi kekuragan saya. Tetapi dua bab ini membantu saya kerana saya ini seorang yang 'tidak pandai bercakap', maksud saya, saya tidak mahir untuk berkata-kata di khalayak ramai. Saya tidak pandai berpidato berdebat dan yang sama waktu dengannya. Buku ini memberi tips supaya berlatih membaca artikel dengan bacaan yang mengikut situasi artikel tersebut. Gaya dan intonasi haruslah betul dan bersesuaian. Mungkin saya perlu praktikkan dalam masa cuti ini.

Tajuk : Tip-tip Cemerlang Daripada Quran
Penulis : Dr. Danial Zainal Abidin
Halaman :294 muka
Terbitan :PTS Millennia Sdn. Bhd.
ISBN : 978-963-3372-20-1

Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~