Showing posts with label non-fiction. Show all posts
Showing posts with label non-fiction. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna (Hari 1)


Buku ini ditulis oleh Sulaiman Alkumayi. Dalam buku ini, penulis menerangkan satu persatu rahsia dan keistimewaan yang tersembunyi di sebalik nama-nama AsmaulHusna daripada Allah sehingga al-Shabur. Penulis memberi cadangan agar pembaca membacanya satu hari satu nama. Saya suka. Satu hari satu bab, maknanya satu hari kita dapat tahu keistimewaan nama Allah dan juga boleh mempraktikkannya. Semalam, saya membaca hari peratama yang dimulai dengan nama ALLAH. Apabila bacanya, baru saya rasa tenang sedikit nak amik result. Huhu, gelabah sangat. Takut pun ada, biasalah tu. Dengan mengingati Allah, hati kita akan jadi tenang. Percayalah.

Disini saya nak share sikit khasiat untuk menyembuhkan :-

1. Sesiapa yang membaca 'Ya Allah' sebanyak 5000 kali pada setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah, dengan izin Allah apa yang diinginkan di makbulkan oleh Allah.

2. Sesiapa yang membaca nama Allah ini secara rutin, setiap hari sebanyak 1000 kali dengan sebutan 'Ya Allah Ya Hu', Allah mengurniakan keyakinan yang sempurna kepada orang itu. Sesiapa yang membacanya pada hari Jumaat sebelum solat dalam keadaan yang bersih dan suci pakaiannya serta khusyuk hatinya, Allah mempermudahkan segala permintaannya.

3. Bagi sesiapa yang menderita sesuatu penyakit yang sukar disembuhkan oleh perubatan moden, kemudian dia berdoa kepada Allah dengan nama ini, dengan izin Allah dia sembuh, selagi ajalnya belum tiba.






Thursday, December 9, 2010

Quranology


SubhanAllah, buku ini sangat best! Saya dapat tahu apa yang saya masih tidak tahu tentang Al-Quranul Karim. Saya dapat tahu perkara-perkara baru yang sebelum ini saya tidak tahu. Sememangnya, ilmu saya sedikit sangat. Jadi, saya perlu lebihkan membaca buku-buku seperti ini. Kalau tengok pada piramid bacaan, ternyata al-Quran itu perlu dibaca paling banyak. Jadi, saya rasa membaca buku mengenai al-Quran juga termasuk dalam tahap yang tertinggi itu.

Saya suka gaya penulisannya juga agak santai. Tidak terlalu formal saya rasa. Tidak membosankan. Ternyata penulisnya, Mohammad Asyraff Ayob berjaya memikat hati saya untuk terus membaca, dan membaca buku ini hingga ke bab yang terakhir. Sekiranya kita membeli buku ini, kita akan dapat ebook percuma dan boleh menghadiri kem tahfiz pada tahun 2013 dengan percuma!

Quranology, itulah tajuk yang diberi. Quranology, perkataan 'logy' pada tajuk buku ini bermakna 'akhiran sebagai pembentuk nama ilmu. Contoh yang selalu kita dengar, psychology, sosiology.

Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab sememangnya kita sudah tahu. Kita juga wajib membaca al-Quran dengan bertajwid. Dalam buku ini, penulis membuat persamaan, tajwid ini seperti Matematik Moden, manakala Qiraat pula seperti Matematik Tambahan. Jadi, Qiraat lebih susah dan perlu dipelajari kepada orang yang lebih pakar.

Terdapat satu kisah dalam buku ini, ada seorang wanita yang akan menjawab pertanyaan dengan menggunakan ayat al-Quran. Sepanjang hidupnya, tidak pernah bercakap cakap kosong. Semua kata-katanya adalah berdasarkan al-Quran.SubhanAllah.

Buku ini juga menerangkan 40 soal jawab fiqah popular tentang Quran. Dalam banyak-bayak itu, saya dapat tahu jika kita dalam berhadas besar kita tidak dapat memegang al-Quran. Kita boleh meletakkan alQuran tersebut di dalam beg bersama barang-barang yang lain. Jadi, bila membawa beg tersebut, kita perlu niat membawa beg biasa, bukan al-Quran. Hukumnya harus.

Sebenarnya banyak lagi kandungan buku ini yang sangat menarik.



Monday, December 6, 2010

From Cat Stevens to Yusuf Islam


Buku ini mengisahkan mengenai Yusuf Islam atau Cat Stevens. Yusuf Islam merupakan seorang superstar muzik dunia yang meninggalkan dunia glamor untuk menjadi muslim dan aktivis kemanusiaan. Yusuf Islam mula mendapat hidayah ketika membaca al-Quran yang dihadiahi oleh abangnya, David. Beliau sangat tertarik dengan al-Quran yang menerangkan tentang tuhan yang sebenar yang dicarinya selama ini.

Buku ini ditulis oleh Hermawan Aksan seorang Indonesian. Jadi, buku ini terdapat dalam bahasa Indonesia. Saya kurang faham dengan bahasanya yang 'lebih kurang dengan bahasa Inggeris'. Perkataan dalam bahasa inggeris dieja indon, nampak jelek saja. Huhu. Tak apalah, walaubagaimanapun, saya dapat memahami jalan ceritanya.

Selepas memeluk Islam, Yusuf Islam meninggalkan dunia muziknya dan beliau melibatkan diri dalam aktiviti kemanusiaan seperti bantuan Tsunami, Palestin dan sebagainya. Beliau juga telah menubuhkan sekolah rendah dan menengah muslim.

Sunday, December 5, 2010

Tau Tak Apa

Salam sejahtera, semoga hari anda semakin hebat, sihat dan cemerlang hari ini. Haa, kata-kata pendahuluan ini, dipetik daripada buku inilah. Lebih kurang setiap bab, pendahuluannya dimulai dengan kata-kata perangsang untuk menjadi yang terbaik. Buku Tau Tak Apa ni, ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Erm..buku motivasi ini, disampaikan dalam bentuk santai. Ala-ala bersembang gitu lah. Beliau banyak menceritakan pengalaman beliau.

Banyak info yang menarik saya dapat daripada buku ini. Tentang taugeh. Sebenarnya taugeh ni banyak khasiat tau. Cerita taugeh dalam buku ni ada 2-3 bab. Erm, saya suka setiap bab yang ditulis tidak terlalu panjang. Semua pendek-pendek. Senang nak baca. Kalau ada cerita yang panjang, disambung ke bab yang seterusnya. Lagi, ada juga diceritakan pasal sejadah terbang. Kelebihan orang lahir pada bulan Mac. Kebetulan pula saya juga dilahirkan dalam bulan Mac.

Erm, dalam banyak-banyak cerita, ada satu cerita ni, ada orang cerita pasai dia boleh jadi doktor walaupun tak ambil aliran sains. Wah, menarik. Ada ke kat Malaysia ni boleh jadi doktor, padahal tak amik aliran sains di tingkatan 5? Erm, sebenarnya dekat Pakistan boleh. Asalkan lulus pre-medical. Dah banyak orang jadi doktor, tapi tak ambil aliran tersebut.


Wednesday, December 1, 2010

Keluarkan Singa Daripada Diri Anda


Tajuk : Keluarkan Singan Daripada Diri Anda
Penulis : Muhammad Zakaria
Terbitan : Telaga Biru
Halaman :158 muka surat

Pertama kali saya melihat tajuk buku ini, dalam fikiran saya buku ini untuk orang pemarah kerana singa itu saya gambarkan seperti orang yang garang. Setelah saya melihat sinopsis di belakangnya, ternyata bukan seperti yang saya fikirkan itu. Saya tertarik dengan kata-kata yang tertulis 'BUKU INI AKAN MENGUBAH SIKAP ANDA YANG TERPERONYOK ITU!". Saya pun membelinya, kerana saya memang mencari buku untuk membaiki keyakinan diri saya yang kurang ini.

Dalam diri kita, terdapat tenaga. Penulis menamakan tenaga itu sebagai 'singa'. Buku ini banyak memberi motivasi dan kata-kata hikmat. Saya suka sangat buku ini. Dalamannya sangat menarik. Penuh dengan gambar singa. Bukan gambar yang penulis mahu tunjukkan, tetapi semangat yang ada dalam singa. Buku ini menunjukkan, dari mula bangun tidur lagi, kita perlu bersemangat. Bukan bangun tidur tanpa keazaman.

Saya rasa buku ini lebih ditujukan kepada pekerja. Tidak kiralah anda melakukan pekerjaan apa sekalipun, semangat perlu ada. Walau bagaimanapun, saya mengambil motivasi-motivasi ini untuk menjadi pelajar yang mempunyai semangat seperti singa. Singa yang dikeluarkan bukanlah singa yang ganas tetapi singa yang tawaduk. Keluarkan singa seperti Rasulullah S.W.T keluarkan singa daripada Umar.





Studi Lebih Smart


Tajuk : Studi Lebih Smart
Penulis : Malek Muhamat Said
ISBN : 978-967-5226-20-5
Terbitan : PTS Professional Sdn. Bhd

Ternyata pada tajuk, sudah tahu buku ini buku motivasi. Buku ini ditulis kepada calon-calon peperiksaan UPSR, PMR dan SPM atau yang bakal menghadapinya. Hurm, sepatutnya saya perlu baca buku ini sebelum peperiksaan dulu. Mungkin boleh saya gunakan untuk SPM pada dua tahun lagi. Tapi nampaknya, isi kandungan buku ini telah diulas oleh penceramah jemputan yang memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah kami dulu. Jadi, saya tidaklah membaca satu persatu perkataan. Saya banyak skip, tapi masih lagi menyelak satu persatu muka surat. Sehinggalah, saya terjumpa muka surat yang menunjukkan cara untuk kita mengira kelajuan bacaan kita. Jadi saya boleh tahu tahap kelajuan saya membaca. Buku ini juga menyediakan soalan ujian inventori. Hurm, inventori ini juga telah saya lakukan.

Caranya mengukur kelajuan membaca :

Jumlah perkataan darab dengan 60(s) dan bahagi dengan jumlah masa membaca (s)

Pengelasan kepantasan:
  • Pembaca lembab 1-200 patah kata seminit
  • Pembaca sedarhana 201-400 patah kata seminit
  • Pembaca pantas 401-600 patah kata seminit
  • Pembaca terpantas 601-tidak terhingga seminit





Monday, November 29, 2010

Riwayat Bidadari Syurga-Munif Ahmad

Publish Post
Tajuk : Riwayat Bidadari Syurga
Penulis : Munif Ahmad
Terbitan : Hijjaz Records Publishing


Buku ini sebenarnya sudah lama saya beli. Rasa-rasanya tahun yang lalu. Baru hari ini habis baca. Hihi. Projek membaca buku itu terbengkalai seketika.

Pada pendapat saya, buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan kepada kanak-kanak terutamanya supaya mereka mengenali riwayat hidup bidadari-bidadari syurga dan menjadikan bidadari-bidadari syurga sebagai idola mereka. Bukanlah artis-artis yang tidak sepatutnya menjadi idola mereka itu.

Kisah bidadari-bidadari syurga ini sangat saya kagum selepas membacanya, mereka tetap dengan pendirian untuk beriman kepada Allah walaupun diseksa dengan dahsyat sekali. Walaupun tiada kesenangan dalam hidup, mereka tetap meneruskan liku-liku perjuangan untuk menegakkan agama Islam.

Kebanyakan kisah-kisahnya sudahpun kita biasa dengar. Contohnya kisah Mashitah,penyikat rambut anak Firaun. Sedang Mashitah menyikat rambut anak perempuan Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dan dia menghina Firaun dan menyebut kalimat Allah. Lalu anak perempuan Firaun kepada ayahnya. Lalu Firaun menghukum bunuh ke atas Mashitah. Mashitah tidak sedikit pun gentar, lalu dia terjun ke dalam air yang mendidih. Dengan kuasa Allah, air yang mendidih itu bertukar menjadi wangi.

Kisah yang paling saya suka ialah kisah percintaan antara Ratu Balqis dan Raja Sulaiman. Raja Sulaiman mengutuskan surat untuk berjumpa dengan Ratu Balqis. Lalu Ratu Balqis pun berjalanlah ke istana Raja Sulaiman. Raja Sulaiman memerintahkan supaya dibangunkan sebuah istana dari kaca untuk memperlihatkan kepada Ratu Balqis akan kekuasaannya serta kurniaan Allah SWT. Apabila Ratu Balqis tiba, tida melihat sebuah istana seperti istananya. Ratu Balqis pun insaf dan berkahwin dengan Raja Sulaiman.

Sunday, November 28, 2010

Tip-tip Cemerlang Daripada Quran-Dr. Danial Zainal Abidin

Bismillah,

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai membaca sebuah buku yang sangat menarik sekali. Tip-tip Cemerlang daripada Quran. Penulisnya tidak asing lagi, Dr. Danial Zainal Abidin. Sebelum cuti sekolah, Ustazah Zaleha telah membuat ulasan tentang buku ini. Ustazah memberi pendapatan, bahawa buku ini sangat menarik untuk di baca. Ustazah hanya meminjam buku ini daripada Ustazah Basyira. Saya perasan, buku ini telah dibeli oleh emak. Jadi, rugilah sekiranya saya tidak membaca buku ini. Hampir seminggu saya mengambil masa untuk membacanya. Rasanya 'agak sukar membaca bahan bacaan fakta ini, tidak seperti novel yang kita boleh melangkau-langkau.

Dalam buku ini, terdapat 36 tip untuk menjadi individu yang cemerlang. Buku ini mendefinisikan cemerlang sabagai sesuatu pencapaian yang melepasi sesuatu piawai, namun cemerlang di dunia bukanlah segala-galanya. Cemerlang yang sebenar ialah apabila berjaya masuk ke syurga. Di sini saya sedar bahawa cemerlang bukanlah segala-galanya. Memang menjadi impian manusia ingin menjadi seseorang yang cemerlang. Kita janganlah hanya cemerlang di dunia, tetapi cemerlang di dunia dan akhirat.

Dalam buku ini, cemerlang yang di maksudkan bukan sahaja dari segi akademik, tetap dalam segala perkara. Antaranya ialah cemerlang dengan iman dan takwa, wawasan, merancang, ikhlas, sembahyang, beribadah, tawakal, perpaduan, komunikasi, masa dan sebagainya.

Saya amat tertarik dengan cemerlang dengan komunikasi berkesan dan masa di mana saya rasa saya kurang cemerlang dalam bab ini. Sebenarnya banyak perkara lagi kekuragan saya. Tetapi dua bab ini membantu saya kerana saya ini seorang yang 'tidak pandai bercakap', maksud saya, saya tidak mahir untuk berkata-kata di khalayak ramai. Saya tidak pandai berpidato berdebat dan yang sama waktu dengannya. Buku ini memberi tips supaya berlatih membaca artikel dengan bacaan yang mengikut situasi artikel tersebut. Gaya dan intonasi haruslah betul dan bersesuaian. Mungkin saya perlu praktikkan dalam masa cuti ini.

Tajuk : Tip-tip Cemerlang Daripada Quran
Penulis : Dr. Danial Zainal Abidin
Halaman :294 muka
Terbitan :PTS Millennia Sdn. Bhd.
ISBN : 978-963-3372-20-1

Tuesday, November 23, 2010

Reformat Hatimu Dalam 354 Hari-Norudin Draman

"Dan ketahuilah bahawa dalam setiap tubuh itu ada seketul daging. Sekiranya ia baik, baiklah seluruh tubuh itu. Dan sekiranya ia tidak baik, tidak baiklah seluruh tubuh itu. Itulah hati."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Buku ini dibeli semasa saya berjalan-jalan di The Mall bersama-sama kakak, sehari sebelum Hari Konvokesyen mak di PTWC. Kami menginap di Hotel Legend. Jadi, kami berpeluanglah ber'window shopping' di The Mall.

Penulis buku motivasi ialah Norudin Draman @ Ustazcahaya. Buku yang setebal 220 muka surat ini diterbitkan oleh Oasis Books Sdn. Bhd pada tahun ini (2010). Reformat Hatimu Dalam 354 Hari, 354 hari itu ,merujuk kepada bilangan hari dalam satu tahun dalam kalendar hijrah. Buku ini, banyak berpandukan dengan bulan Ramadhan di mana pada bulan yang mulia ini hati kita berubah daripada yang buruk menjadi baik, daripada yang malas jadi rajin dan yang susah jadi senang. Namun, kenapa hati kita tidak menjadi seperti hati kita pada waktu bulan Ramadhan sepanjang tahun? Buku ini mengandungi enam bahagian (bab) Kuliah Hati, Akademik Ramadhan, Ada Apa Dengan Hati?, Servis dan Pemulihan Hati, Kunci Kebaikan Hati dan Baik Hati Setiap Hari Sampai Mati.

Memang seringkali kita melihat setiap kali bulan Ramadhan tiba semua orang hatinya berubah..yang buruk menjadi baik, yang malas jadi rajin. Pada bulan Ramadhan, setiap masjid selalu akan dipenuhi pada setiap waktu solat. Orang ramai akan berpusu-pusu ke masjid untuk berjemaah dan setiap hari hati kita akan berusaha melakukan amal ibadat, tetapi sayang sekali, selepas daripada bulan mulia itu, hati kita kembali seperti.

Dalam buku ini, ada tertulis hati kita perlu sentiasa dibersihkan daripada kotoran. Hati perlu selalu "dimandikan" supaya tidak kering. Hati ini boleh diumpamakan dengan Bumi, Bumi akan mati dan gersang tanpa air. Sirami hati kita dengan akidah, takwa, iman dan ilmu. Hati juga perlu dijaga seperti bayi.

Satu kata-kata, telah membuatkan saya termotivasi untuk menjadi lebih rajin

"Hari ini tidak rajin kerja, esok mahu rajin cari kerja"

kata-kata ini penulis mendapatinya di sebuah kedai telefon. Kata-kata ini ditulis atas sekeping kertas A4, oleh tauke kedai tersebut supaya pekerjanya tidak malas bekerja. Sebagai seorang pelajar, saya mahu mengubahnya sedikit. "hari ini tidak rajin belajar, esok mahu rajin kerja susah". Pada zaman sekarang, saya tahu sangat susah untuk mendapatkan kerja. Jadi, saya perlu rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kerja yang besar.

Pada awal buku ini ditulis:
BUKU INI DITULIS UNTUK :
Perubahan hidup bermula daripada perubahan diri, Perubahan diri bermula daripada perubahan hati





Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~