Showing posts with label PTS Sdn Bhd. Show all posts
Showing posts with label PTS Sdn Bhd. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

BSB : Perang Rumah Sukan


Buku ini adalah sambungan daripada buku BSB : Kini Berwajah Baru. Semestinya Ain Maisarah jadi pilihan. Semalam saya membacanya.

Secuit sinopsis ,,

Hari Sukan Sekolah Sri Bangsar akan diadakan tidak lama lagi. Pasukan rumah masing-masing mula membuat persiapan untuk merebut gelaran juara. Pada tahun ini, ganjaran RM 25 000 bagi rumah yang mendapat juara. Masing-masing berebut mahukan hadiah segempak itu. Dalam pada itu, ada rumah yang cuba sabotaj rumah lain dengan memasukkan ubat sakit ke dalam minuman. Pada hari merentas bandar, hampir 80% pelajar Sri Bangsar mengalami sakit perut dan cirit birit. Haww, haw..lawaknya time tu. Semua atlis yang lari laju-laju pun turut pergi ke tandas. Last-last budak gemuk gedempol pula dapat 10 ten yang sampai awal. Pemenangnya akan diketahui kalau baca BSB: Juara Rumah Sukan.

Ulasan.

Bila baca cerita ini, teringat pula bila merentas desa. Setiap tahun, saya tidak ketinggalan menjadi salah seorang orang yang mendapat 10 ten ke belakang. Tak larat nak lari. Huhu, mujurlah bukan saya seorang saja di belakang. Tetingat masa sekolah rendah dulu, saya hanya berjalan untuk menghabiskan sisa sisa perjalanan. Saya seorang sahaja di belakang. Sedih :( Memang maklumlah, sekolah rendah, semua budak nak lari cepat-cepat. Kalau sekolah menengah ni, semua malas dah nak lari.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini ialah:-
  1. Kita janganlah menggunakan cara kotor untuk mendapatkan kemenangan. Contoh, Rumah merah telah sabotaj rumah lain. Dalam pada masa yang sama, rumah biru juga telah sabotaj rumah lain. Last-last, semua yang kena.
  2. Tidak rugi berjuang dengan cara yang bersih. Cohtoh, rumah kuning tidak berniat langsung untuk sabotaj rumah lain. Akhirnya, 10 peserta rumah kuning telang mendapat top 10 yang sampai awal dan rumah kuning berada di kedudukan pertama dalam acara merentas bandar.

Saturday, December 11, 2010

BSB : Kini Berwajah Baru


Bismillah..
Semalam ke kedai buku, adalah beli 6 buah. 2 novel Ain Maisarah. Hari ni, baca buku ni. Habis dah baca. Hurm, nampaknya saya asyik baca buku novel saja ya. Bilalah nak baca buku karya agung. Sebelum cuti dulu, Cikgu Ismajunaiza pesan, bukan tulis novel saja, buku motivasi, buku BI, buku-buku karya agung dan lain-lain juga kena baca. Oh, lepas ni kena stop sat lah baca novel. Hihi.

Sri Buletin Sri Bangsar, penulisnya tak lain tak bukan Ain Maisarahlah. Kalau dengar Sri Bangsar tu, mestilah beliau penulisnya. Sekolah Sri Bangsar, rasanya bukanlah sekolah kerajaan Malaysia. Sekolah swasta yang ditubuh oleh Ain Maisarah barangkali. Pelajarnya tak kira umur sebenar. Siapa yang mula berdaftar, tak kiralah umur apa sekalipun, dikira tingkatan 1. Kalau selalu online, akan nak ke tingkatan 2. Huhu, saya belum lagi mendaftar di sekolah itu.

Ok lah, cerita BSB:Kini Berwajah Baru ni tentang Wilma yang menjadi ketua pengarang di Sri Bangsar. Pada tahun itu, cikgu tak mau bagi budak form 5 tulis buletin tiap-tiap bulan sebab takut ganggu pelajaran mereka. Jadi, cikgu suruh Wilma pilih budak form 4 jadi ketua penulis bulletin. Wilma ni tak mau lah, sebab dia memang nak sangat tulis buletin tentang kumpulan paling popular, The Wannababes tu. Mau tak mau, dia kena pilih jugak. Dia pilih Betty sebab dia rasa Betty tak layak jadi ketua. So, dia akan buat Betty ni tak berjaya siapkan Buletin jilid pertama. Dia tak mau bagi tunjuk ajar kepada Betty, sabotaj hasil kerja yang dibuat oleh mereka. Walaubagaimanapun, Betty telah membuat pembaharuan, dia terbitkan buletin dalam bentuk online. So, selesai masalah. Cikgu pun bangga dengan dia. Itulah ceritanya. ;)




Chronicle 301 : Semester Satu

Novel ini, saya membacanya ketika raya haji dahulu semasa di kampung. Saya mengambil masa satu hari untuk menghabiskannya. Yelah, kat kampung memang tak buat apa-apa kerja. Jadi, baca buku jelah. Novel Chronicle 301: Semester satu ni, ditulis oleh empat orang penulis iaitu Ana Dania, Qayyum Nur, NeyJoehan, dan Anis Adlyana. Walaupun ditulis oleh 4 insan yang kreatif itu, tetapi saya tidak 'bercelaru' untuk membacanya. Bukan celaru apa, cuma saya rasa gaya penulisan mereka hampir sama. Seperti ditulis oleh seorang penulis.

Chronicle 301 ini menceritakan tentang 4 orang sahabat yang mempunyai latar belakang yang berbeza yang tinggal di sebuah bilik nombor 301. Jalan cerita mereka sama. Cuma yang berbeza halangan yang ditempuhi mereka. Semua watak menarik, cuma yang paling saya suka cerita watak Nisa.


Iman, ditulis oleh Ney Joehan
- Gadis Tomboy yang datang dari kampung di daerah Taiping
- Bapanya seorang penjual laksa dan ibunya telah meninggal
- Pertama kali jejakkan kaki ke KL, banyak perkara yang dia tidak tahu hingga menyebabkan beberapa insiden kelakar terjadi
- Penakut kepada keadaan gelap
- Dia suka kepada seorang pelajar lelaki skema dan kemudian perasaan sukanya berpaling arah kepada pelajar Indonesia yang datang belajar di UNITI



Nisa, oleh
- Gadis yang kelihatan lemah lembut tetapi ada kala mulutnya boleh laser
- Bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di UNITI, manakala ibunya bekerja sebagai kerani di bahagian pentadbiran UNITI
- Dia menaruh hati pada seorang pelajar senior yang bergelar ustaz




Awa, oleh Didi Danya
- Gadis penang yang skema yang becok mulutnya
- Anak manja dan anak tunggal
- Bapanya seorang taukeh nasi kandar di Pulau Pinang, ibunya tidak bekerja






Dan yang terakhir Jijah, watak ini adalah yang ditulis oleh Qayyum Nur, :D

Jijah, oleh Qayyum Nur
- Gadis kaya yang sangat 'sempoi'
- Ke mana-mana dengan basikal kesayangannya
- Anak kepada Dato Khalid, seorang usahawan terkenal dan Datin Maria, seorang mak datin yang ligat berpersatuan
- Pelajar senior yang cukup dia meluat suatu ketika dahulu, akhirnya disukainya. Namun malangnya, kawan pelajar senior itu yang bertindak dahulu mengushar Jijah

penerangan watak-watak di atas dipetik daripada blog Qayyum Nur

Wednesday, December 1, 2010

Studi Lebih Smart


Tajuk : Studi Lebih Smart
Penulis : Malek Muhamat Said
ISBN : 978-967-5226-20-5
Terbitan : PTS Professional Sdn. Bhd

Ternyata pada tajuk, sudah tahu buku ini buku motivasi. Buku ini ditulis kepada calon-calon peperiksaan UPSR, PMR dan SPM atau yang bakal menghadapinya. Hurm, sepatutnya saya perlu baca buku ini sebelum peperiksaan dulu. Mungkin boleh saya gunakan untuk SPM pada dua tahun lagi. Tapi nampaknya, isi kandungan buku ini telah diulas oleh penceramah jemputan yang memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah kami dulu. Jadi, saya tidaklah membaca satu persatu perkataan. Saya banyak skip, tapi masih lagi menyelak satu persatu muka surat. Sehinggalah, saya terjumpa muka surat yang menunjukkan cara untuk kita mengira kelajuan bacaan kita. Jadi saya boleh tahu tahap kelajuan saya membaca. Buku ini juga menyediakan soalan ujian inventori. Hurm, inventori ini juga telah saya lakukan.

Caranya mengukur kelajuan membaca :

Jumlah perkataan darab dengan 60(s) dan bahagi dengan jumlah masa membaca (s)

Pengelasan kepantasan:
  • Pembaca lembab 1-200 patah kata seminit
  • Pembaca sedarhana 201-400 patah kata seminit
  • Pembaca pantas 401-600 patah kata seminit
  • Pembaca terpantas 601-tidak terhingga seminit





Sunday, November 28, 2010

Tip-tip Cemerlang Daripada Quran-Dr. Danial Zainal Abidin

Bismillah,

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai membaca sebuah buku yang sangat menarik sekali. Tip-tip Cemerlang daripada Quran. Penulisnya tidak asing lagi, Dr. Danial Zainal Abidin. Sebelum cuti sekolah, Ustazah Zaleha telah membuat ulasan tentang buku ini. Ustazah memberi pendapatan, bahawa buku ini sangat menarik untuk di baca. Ustazah hanya meminjam buku ini daripada Ustazah Basyira. Saya perasan, buku ini telah dibeli oleh emak. Jadi, rugilah sekiranya saya tidak membaca buku ini. Hampir seminggu saya mengambil masa untuk membacanya. Rasanya 'agak sukar membaca bahan bacaan fakta ini, tidak seperti novel yang kita boleh melangkau-langkau.

Dalam buku ini, terdapat 36 tip untuk menjadi individu yang cemerlang. Buku ini mendefinisikan cemerlang sabagai sesuatu pencapaian yang melepasi sesuatu piawai, namun cemerlang di dunia bukanlah segala-galanya. Cemerlang yang sebenar ialah apabila berjaya masuk ke syurga. Di sini saya sedar bahawa cemerlang bukanlah segala-galanya. Memang menjadi impian manusia ingin menjadi seseorang yang cemerlang. Kita janganlah hanya cemerlang di dunia, tetapi cemerlang di dunia dan akhirat.

Dalam buku ini, cemerlang yang di maksudkan bukan sahaja dari segi akademik, tetap dalam segala perkara. Antaranya ialah cemerlang dengan iman dan takwa, wawasan, merancang, ikhlas, sembahyang, beribadah, tawakal, perpaduan, komunikasi, masa dan sebagainya.

Saya amat tertarik dengan cemerlang dengan komunikasi berkesan dan masa di mana saya rasa saya kurang cemerlang dalam bab ini. Sebenarnya banyak perkara lagi kekuragan saya. Tetapi dua bab ini membantu saya kerana saya ini seorang yang 'tidak pandai bercakap', maksud saya, saya tidak mahir untuk berkata-kata di khalayak ramai. Saya tidak pandai berpidato berdebat dan yang sama waktu dengannya. Buku ini memberi tips supaya berlatih membaca artikel dengan bacaan yang mengikut situasi artikel tersebut. Gaya dan intonasi haruslah betul dan bersesuaian. Mungkin saya perlu praktikkan dalam masa cuti ini.

Tajuk : Tip-tip Cemerlang Daripada Quran
Penulis : Dr. Danial Zainal Abidin
Halaman :294 muka
Terbitan :PTS Millennia Sdn. Bhd.
ISBN : 978-963-3372-20-1

Friday, November 26, 2010

Siri Aku Mahu-Ain Maisarah

Bismillah,


Siri Aku Mahu AinMaisarah, rasanya semua orang tahu tentang buku-buku Aku Mahu AinMaisarah ni, kan? Kalau ada yang tak tahu tu maknanya dia tu tak suka baca buku, ataupun bukan orang Malaysia, ataupun tak tau cakap Melayu, ataupun tak pernah pergi kedai buku. Hurmm, ataupun sudah dewasa, tak minat dah nak baca buku remaja-remaja ni.

Saya mulakan dengan Aku Mahu Popular, di mana buku ini saya beli di Pesta buku. Buku ini buku pertama saya baca hasil daripada tulisan Ain Maisarah.


Farah dan Ina sudah bosan duduk di dalam golongan hierarki terendah di sekolah mereka! Bosan kerana tidak dikenali, bosan kerana tidak dipandang dan paling utama bosan bila tidak diminati oleh mana-mana pelajar lelaki! Mereka mahu sepopular ahli kumpulan The Wannababes iaitu Fasha, Shasha, Sazzy, Nana, Fazura, Linda dan Diana! Farah dan Ina bertekad dan berazam mahu menjadi popular dengan apa cara sekalipun! Adakah rancangan mereka akan berjaya? Ikuti segalanya dalam buku bertajuk Aku Mahu Popular!


Selepas Aku Mahu Popular, saya baca Aku Mahu Saiz S pula, buku ini saya tidak membelinya kerana saya hanya meminjam daripada kawan saya, Aina Husna.

Buku ini mengisahkan tiga orang sahabat yang bersaiz XXL. Mereka sering dicaci oleh kumpulan Saiz S. Oleh sebab satu kejadian, kumpulan Saiz S ni perlu jadi mentor kepada Kumpulan saiz XXL ni. Pelbagai cara mereka lakukan untuk membolehkan mereka dapat memakai baju yang bersaiz S. Tetapi akhirnya mereka tidak berjaya. Mereka hanya berjaya memakai baju bersaiz M. Erm..sebenarnya saya sudah lupa nama karekter dalam buku ini. Saya membacanya pada zaman sekolah rendah dulu.



Aku Mahu Teman Tapi Mesra pula, rasanya sambungan kepada Aku Mahu Saiz S. Kisah ini tentang Widya yang hanyut dalam percintaannya dengan MrLobakLobak seseorang yang dikenalinya melalui laman sembang. Dia terlalu taksub dengan menyukai MrLobakLobak sehingga pelajarannya semakin merosot. Manakala kawannya, Edrina berkenalan dengan pelajar baru iaitu Zed bin Zaidi. Mereka sama pandai dan secocok. Mereka saling berhubung melalui emel tetapi mereka tidak tahu antara satu dengan yang lain.


Ha, Aku Mahu Buli pula. Buku ini kakak yang beli. Mungkin buku ini agak lambat saya baca daripada orang lain. Almaklumlah, sebelum ini sangat susah untuk saya mendapatkan buku PTS kerana di Perlis tidak ada kedai yang menjual buku pts. Mungkin ada, cuma tak jumpa. Tapi sekarang sudah ada, kedai buku hiroq.

Buku ini tentang Mimi Monira, pelajar Sri Bangsa yang baru berdaftar di sekolah itu. Dia yang tidak mengenali kumpulan the Wannababes, telah duduk di tempat VIP kumpulan itu di kantin. Setelah itu, ahli kumpulan the Wannababes merancang pelbagai strategi untuk membuli Mimi Monira. Mereka menggelar Mimi Monira dengan gelaran Mimi Monira Badak Air. Mimi Monira berasa tertekan dan merancang untuk mengenakan kumpulan tersebut. Dia telah merosakkan nama sekolahnya kerana membatalkan sekolahnya daripada menjadi tuan rumah bagi acara bola sepak. Dia telah merosakkan padang sekolah supaya kumpulan the Wannababes jatuh tergolek semasa membuat sorakan. Jadi, Mimi Monira dibuang sekolah. Akhirnya kumpulan the Wannababes dihukum mencuci tandas kerana sering membuli Mimi Monira.

Siri Aku Mahu ini, saya akan sambung pada entri akan datang.
Sumber:
Sinopsis Aku Mahu Popular & Gambar

Karipap-karipap Cinta-Nazri M. Annuar

Wah! Itulah yang terpancul di mulut saya selepas membaca buku ini. Best sangat! Buku ini pernah diceritakan oleh kawan saya, Raihana Ramli tentang buku ini. Jadi saya berminat untuk membelinya. Ternyata tidaklah rugi saya membelinya di saat saya sedang 'pokai'. Buku yang bertajuk Karipap-karipap Cinta ini ditulis oleh Nazri M. Anuar. Buku yang setebal 254 ini tidak bosan membacanya sehingga ke muka surat yang terakhir.

Novel ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Ali. Ali menyukai Sarah sejak pertama kali dia memandang Sarah. Pada suatu hari, beg Sarah diragut. Ali mahu tolong Sarah mendapatkan begnya. Namun, sebaliknya yang berlaku. Sarah yang menyelamatkan Ali daripada dipukul peragut. Sarah tahu bersilat. Sejak daripada itu, mereka berkenalan. Sarah bekerja dengan Rambai, kawan serumah Ali. Rambai memberi tahu bahawa Ali menyukai Sarah. Ali seorang yang malu dan mudah gelabah. Ali dan Sarah sering keluar bersama. Sarah seorang alumni Al-Azhar, Ali juga sanggup berbohong kepada Sarah dan keluarganya bahawa dia juga seorang alumni Al-Azhar.

Hari demi hari, Ali ingin menjelaskan perkara sebenar kepada Sarah, tetapi dia menunggu waktu yang sesuai. Ali juga diminati Asha, penghuni rumah pangsa yang duduk di depan rumah Ali. Asha sangat tergila-gilakan Ali sampai sanggup memerangkap Ali supaya mereka di tangkap basah. Sebenarnya, Asha tu gila. Keluarga Asha sudah mengetahui rancangannya kerana Asha menulis rancangannya dalam sebuah blog.

Berbalik kepada Sarah, ayah Sarah sebenarnya pernah melakukan skandal semasa bekerja dengan Datuk Makhzuddin dulu. Ali bekerja di Wadah Rakyat. Ali berusaha untuk merampas dokumen yang akan memalukan ayah Sarah. Ali sanggup menceroboh rumah dan pejabat Datuk Razali. Sehinggalah mereka di masukkan ke penjara. Datuk Razali melepaskan mereka. Dipercepatkan cerita, akhirnya Sarah bersetuju menikahi Ali. Itulah akhirnya.

Erm, saya sangat suka akan cerita ini. Apabila baca novel ini, ternyata novel ini penuh dengan humor. Gaya penulisannya santai dan penuh dengan kelakar. Cuma tulisan yang ditulis sangatlah kecil, namun ianya tidaklah mencacatkan jalan cerita novel ini.

Sumber gambar:
Karipap-karipap cinta
Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~