Wednesday, December 22, 2010

Your Url Story Contest


url saya : http://akumahubuku.blogspot.com

Maksud aku mahu buku..

Aku
Maknanya saya

Mahu
Sinonimnya hendak

Buku
Bahan yang boleh dibaca

Sebenarnya url ni diadaptasi daripada tajuk buku AinMaisarah sebab saya minat AinMaisarah. Nak kata tak minat tu, tak la kot sebab semua buku beliau saya dah baca. Huhu, saya bubuh nama ni sebagai url sebab saya nak buat blog ni sebagai blog buku. Dah banyak dah blog macam ni, sebelum url ni saya nak letak url lain tetapi dah ada orang pakai dah tinggal url ni tak dak sapa lagi buat.

Saya tag:
Raihana
Fatin Nur Afiqah

sila click gambaq kat ataih untuk join.

Tuesday, December 21, 2010

Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna (Hari 1)


Buku ini ditulis oleh Sulaiman Alkumayi. Dalam buku ini, penulis menerangkan satu persatu rahsia dan keistimewaan yang tersembunyi di sebalik nama-nama AsmaulHusna daripada Allah sehingga al-Shabur. Penulis memberi cadangan agar pembaca membacanya satu hari satu nama. Saya suka. Satu hari satu bab, maknanya satu hari kita dapat tahu keistimewaan nama Allah dan juga boleh mempraktikkannya. Semalam, saya membaca hari peratama yang dimulai dengan nama ALLAH. Apabila bacanya, baru saya rasa tenang sedikit nak amik result. Huhu, gelabah sangat. Takut pun ada, biasalah tu. Dengan mengingati Allah, hati kita akan jadi tenang. Percayalah.

Disini saya nak share sikit khasiat untuk menyembuhkan :-

1. Sesiapa yang membaca 'Ya Allah' sebanyak 5000 kali pada setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah, dengan izin Allah apa yang diinginkan di makbulkan oleh Allah.

2. Sesiapa yang membaca nama Allah ini secara rutin, setiap hari sebanyak 1000 kali dengan sebutan 'Ya Allah Ya Hu', Allah mengurniakan keyakinan yang sempurna kepada orang itu. Sesiapa yang membacanya pada hari Jumaat sebelum solat dalam keadaan yang bersih dan suci pakaiannya serta khusyuk hatinya, Allah mempermudahkan segala permintaannya.

3. Bagi sesiapa yang menderita sesuatu penyakit yang sukar disembuhkan oleh perubatan moden, kemudian dia berdoa kepada Allah dengan nama ini, dengan izin Allah dia sembuh, selagi ajalnya belum tiba.






Cinta? Mungkinkah Cinta? Oh, Tidak!


Malam ini teringin nak tulis pasai kisah cinta lah pulak dah..huhu..Ni dulu-dulu punya novel. Bukan novel baru. Dulu-dulu suka la jugak baca novel cintan cintun ni. La ni tak berapa nak minat la sangat. Sebenarnya, novel kat atas ni saya baca waktu darjah 6 (2007). Tahun tu baru mula minat novel. Saya rasa saya beli kat KLIBF kot Cinta? tu. Mungkinkah Cinta? tak ingat beli kat mana. Sebab dua novel ni kalau kat tempat saya, memang susah nak jumpa. Sambungan dia, Oh Tidak! Saya cuma pinjam kat kawan saja. Hihi, ingat lagi time tingkatan 1, bawak novel. Ada sapa ntah gempaq kata ada spotcek hari tu. Kami yang bawak novel ni kalut la. Last-last, balut ngan surat khabaq pi lempaq dalam tong sampah. <--tips sembunyi barang kalau ada spotcek. Huhu..Tapi, xdak pun spotcek tu, buat gempaq ja..

Berbalik kepada novel di atas, sekali tengok cover yang simple bewarna pink tu. Rasanya semua terbitan Nylea Publishing ada kaler pink. Ceritanya sangat best! Saya suka. Cerita tentang remaja berumur 17 tahun. Masih bersekolah. Tu yang suka tuh. Lagi satu, kalau baca memang lawak. (laugh)

Sedikit sinopsis, saya sambung Cinta?, Mungkinkah Cinta? dan Oh, Tidak!

Ada sorang budak perempuan ni, nama dia Kamelia. Dia ni cantik plus tomboi sikit-sikit kot. Ntah la tak berapa nak ingat sangat. Pastu, hero dia nama Zachary. Huh, memang hensem seperti yang diceritakanlah, tapi tak pernah la tengok lagi. Zachary ni suka usik Kamelia. Musuh-musuh, tapi dalam diam suka pulak. Ada satu peristiwa lawak ni, depa dua ni nak race motor. Padahal baru je belajar race motor. Race pun, bawak slow je..sampai la kemalangan. Pastu terpaksalah jawab SPM kat hospital. Selepas itu, dapat result tak berapa nak bagus sangat. Jadi, sambung lah diorang ke tingkatan 6.

Erm..itu je kot secuit sinopsis. Saya pun dah tak berapa nak ingat sangat. Tapi tau la yang cerita ni best. Huhu..

Sengal Zone : Kotak Kata

Jom join kat sini~


  • Copy Header Sengal Zone dan letak link sekali ye kat bawah header.
  • Buat satu entri bertajuk : Sengal Zone : Kotak Kata
  • Selesaikan teka kata kat dalam kotak di atas.
  • Clue : Negeri di Malaysia, Baba n Nyonya kat sini
  • Jawab dengan simple je. cth : Pahang !
  • Post Entri link korang kat ruangan komen ni.
Jawapan : Melaka

Sunday, December 19, 2010

Sudah beli Rayyan Fantasi~

Bismillah. Bila tengok post dekat RAMFC, terus habaq kat mak, "Jom pi Aloq Staq esok". Semalam, alhamdulillah sampai jugak Aloq Staq lepas pergi Sungai Petani nak beli buku kat Hasani. Kat Hasani sekarang ni ada promosi 20%. Lepas pergi Sungai Petani, baru pergi Alor Star. Tak sangka dapat jumpa Ramlee Awang Murshid & RAMFC secara live semalam di City Plaza Alor Star semalam. Huhu.


Pak cik yang bawa beg tu, bawa semua novel RAM. Jenuh nak di sain.


Saya sudah crop gambar ini. Huhu.


Ni autografnya..

Mula-mula memang nak bawak semua novel RAM, tapi berat sangat malaslah. Rasa rugi pulak tak bawak, bukan senang nak jumpa. Dah la datang dari jauh (tak jauh sangat pun). Huhu. Saya baru baca sikit ja Rayyan Fantasi ni. Tadi, ada la jenguk-jenguk kat laman web RAMFC. Baru saya tahu yang Mie Long ni president RAMFC. Dalam Rayyan Fantasi ada satu watak nama itu. :)

Thursday, December 16, 2010

Tips minat membaca?

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantara kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5)

Bismillah,

Semalam ada la sorang ni, tanya saya tips untuk memupuk minat membaca. Kalau nak pupuk minat ni, perlulah dipupuk sejak kecil. Tapi, tak terlambat lagi untuk kita minat membaca kerana membaca ini perkara yang sangat berfaedah. Membaca bukan sahaja tertumpu kepada buku tetapi bahan bacaan lain juga boleh kita baca seperti surat khabar, majalah dan sewaktu dengannya. Tetapi janganlah membaca bahan bacaan yang tidak berfaedah.


burung hantu pun baca buku, apatah lagi manusia..hihi

Mungkin, untuk memupuk minat membaca bolehlah praktikkan perkara-perkara berikut :-

1. Sentiasa rasa diri kurang berilmu.

Cuba pergi ke sebuah kedai buku ataupun library. Tengok semua buku-buku yang ada di sana. Bila tengok semua buku, cuba tanya diri kita. Adakah kita tahu semua isi kandungan dalam buku itu? Kalau tidak, itulah tandanya kita kurang berilmu. Ya, sememangnya ilmu manusia sangat sedikit.

Firman Allah "Dan aku tidak diberi ilmu, kecuali hanya sedikit" (Surah al-Isra' 17:85)

Pernah ke kalau kita tengok pelajar cemerlang SPM atau cemerlang dalam bidang apa sekalipun, mereka ni malas membaca ke? Tentulah tidak. Katakanlah pada suatu hari kita sudah mempunyai anak. Anak kita mestilah akan tanya macam-macam perkara. Kalau kita tak mampu nak jawab, mesti anak kita fikir kita tak pandai pulak. Ingat, anak-anak akan datang lebih jauh bijak berbanding zaman ini. Jadi, kita perlulah sediakan diri untuk menjadi ibu, bapa, datuk, nenak, mak cik dan sewaktu dengannya yang pintar.

2. Beli buku yang menarik

Mungkin salah satu punca orang ramai malas baca buku sebab rasa isi kandungan yang membosankan mungkin. Cuba tengok kanak-kanak, mereka sangat sukakan buku yang bewarna. Ada budak-budak, yang datang ke rumah saya mereka melihat buku yang bewarna warni sampai tak mahu balik dah. Jadi, emak saya bagi je buku tu kat depa. Jadi, bolehlah beli buku yang bergambar. Mungkin itu sesuatu yang lucu bagi orang dewasa untuk membeli buku yang bergambar macam tu. Tapi, mungkin sebagai langkah awal merasakan keindahan membaca buku. Buku yang saya suka sekali yang banyak gambar ialah buku Keluarkan Singa Daripada Diri Anda. Buku ini terdapat banyak singa yang comel-comel belaka. Saya sendiri tidak suka baca komik yang tak bewarna, tapi suka yang bewarna saja.

3. Istiqomah

"Allah menyukai pekerjaan yang dilakukan secara terus-terusan walaupun pekerjaan itu kecil ataupun sedikit" (Hadis laporan Bukhari dan Muslim)

Istiqomah bermaksud melakukan secara berterusan. Kalau tengok di header atas itu, saya menulis 'Sehari sebuah buku, lama-lama jadi gunung'. Sehari sebuah buku yang saya maksudkan ialah melakukan sedikit saja, tetapi secara berterusan. Saya juga kadang-kadang mengambil beberapa hari untuk menghabiskan sebuah buku. Jadi di situ, bukan saya maksudkan satu hari saya baca satu buku, tetapi istiqomah dalam membaca. Mungkin anda boleh mulakan sehari sehelai muka surat. Tak kiralah satu muka surat ke, satu bab ke, janji, istiqomah.

Tahun lepas, waktu itu saya mendapat ketiga dalam peraduan menulis cerpen hari guru, jadi penerima hadiah perlu menghadiri latihan sebelum majlis terlebih dahulu. Lebih kurang 3 hari kot sebelum majlis berlangsung. Salah seorang penerima hadiah itu ialah seorang budak cina. Sementara dia menunggu, dia akan membaca sebuah buku yang TEBAL. Pada keesokan harinya, dia juga membawa buku tajuk lain. Jadi pada fikiran saya, dia membaca sehari sebuah buku. Rasanya buku itu dia pinjam kat library sebab ada cop.

4. Membina mini library

Mungkin di rumah boleh membuat library kecil supaya boleh membuang masa kita disitu. Apabila kita melihat buku-buku itu, mungkin ada rasa ingin membaca walaupun satu buku. Kepada ibu bapa, saya rasa cara ini perlu dilakukan untuk anak-anak minat untuk membaca dan membaca.

5. Membaca secara santai

Jadikan membaca satu hobi. Membaca pada waktu lapang. Membaca blog juga ada lah satu aktiviti membaca. Jangan jadikan membaca sebagai tekanan. Mungkin boleh membaca sambil diselang selikan dengan tengok televisyen. Waktu iklan boleh baca sikit. Ini juga boleh melatih konsentrasi kita terhadap bacaan dengan gangguan bunyi.

Semua umat Islam perlulah rajin membaca supaya ilmu bertambah, tidaklah kita dicop orang yang kurang berilmu. Namun, rakyat Malaysia menunjukkan kurang membaca. Statistik menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setiap tahun. Hakikatnya, kita masih jauh kebelakang berbanding Jepun yang membudayakan iqra' di mana jua mereka berada. Harap tip ini dapat membantu.

Bacalah..kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu. Ilmu pula imam kepada segalam amalan. Dan amalan itu akan membaca kepada taqwa. Allah S.W.T telah memilih kalima iqra' untuk mentarbiah umat..-dipetik daripada majalah Solusi isu no. 18 (Sila dapatkan untuk mengetahui tentang membaca lebih lanjut)

Wednesday, December 15, 2010

Magnet Rezeki dengan Solat Dhuha


Bismillah, malam ini saya memilih buku ini untuk dikongsikan. Kalau tengok gambar di atas, itu bukanlah cover buku itu. Disebabkan saya melipat buku itu ketika membacanya, jadi covernya sudah melengkung. Payah nak luruskan balik dah sebab kulit buku itu nipis sangat. Selalunya kalau lipat, tak lah melengkung tahap kronik itu. Buku yang bertajuk Magnet Rezeki dengan Solat Dhuha ini ditulis oleh Muhammad Mokhtar. Buku ini mempunyai 140 muka surat. Tidaklah terlalu tebal, nipis saja.

"Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat" (Hadis laporan Tirmizi)

Daripada ahadis di atas, jelaslah, sesiapa yang mengerjakan solat duha, mereka memperoleh kemuliaan rezeki dan dijauhkan daripada kemiskinan. Sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa meminta kepada Allah, agar dimurahkan rezeki. Setiap umat Islam, kita tak sepatutnya meminta pertolongan kepada yang lain selain Allah, ini kerana Allah lah yang memberi rezeki kepada kita setiap masa. Solat dhuha bukan sahaja untuk membantu kita mendapatkan rezeki, bahkan untuk membersihkan kekotoran yang ada dalam rezeki kita.

Solat sunat dhuha boleh dilakukan semasa matahari sedang naik setinggi satu ataupun dua galah sehingga waktu menjelang solat Zuhur. Kita boleh melakukan solat sunat dhuha ini daripada dua hingga hingga dua belas rakaat. Dalam rakaat pertama selepas membaca al-Fatihah, kita bolehlah membaca surah asy-Syams. Pada rakaat kedua, selepai al Fatihah, baca pula surah ad-Dhuha. Atau boleh lah membaca Surah ad-Duha pada rakaat pertama dan Alam Nasyrah pada rakaat kedua selepas membaca surah al-Fatihah.

Solat sunat duha ini tidak asing lagi dalam kehidupan saya, saya selalu bersolat dhuha ini pada waktu cuti. Kalau waktu sekolah, kadang-kadang sahaja saya bersolat pada waktu rehat di surau kecuali pada hari Jumaat kerana pada hari itu sememangnya setiap pelajar akan bersolat di dewan selepas membaca yassin dan solat hajat berjemaah. Solat duha kami melakukannya secara sendiri. Teringat pula pada suatu hari Jumaat, selepas Solat hajat berjemaah, perut saya sakit. Maka dengan itu, wudhu' saya terbatallah. Ketika itu saya berada di saf tengah. Jadi, terpaksalah meninggalkan dewan untuk ke tandas.

Saya tahu, memang susah untuk mengajak orang turut menunaikan solat ini. Saya pernah mengajak kawan saya bersolat, tetapi dia tidak mahu. Katanya malas. Memanglah solat ini hanya hukumnya sunat, tapi apalah salahnya kita berikhtiar untuk membaiki rezeki yang peroleh.

Ada sebuah hadis yang mengatakan "Allah berkata, 'Aku menurut sangka hambaku padaku dan aku bersamanya sewaktu dia mengingati ku. Apabila dia mengingatiku, maka aku juga mengingatinya. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, aku juga mengingatinya di khalayak ramaiyang lebih baik. Apabila dia mendekatiku satu jengkal, aku mendekatinya satu hasta. Apabila dia mendekatiku dengan berjalan, aku mendekatinya dengan berlari"

Daripada hadis ini, kita dapat memahaminya sesiapa sahaja yang mahu mendekati Allah dengan bersungguh-sungguh, Allah memancarkan cahayanya dan mendekatinya. Sesungguhnya, Allah lebih dekat kepada seorang manusia berbanding urat nadinya sendiri.

Sebelum membaca buku ini, saya hanya tahu solat duha hanya untuk memudahkan dapat rezeki sahaja. Tetapi sebenarnya, solat dhuha ini sangat banyak fadilatnya antaranya,

  • Allah membina istana di syurga
  • Allah menghapuskan segala dosa
  • Allah mencukupkan semua keperluan
  • Allah memberikan pintu khusus untuk masuk syurga.
  • dan banyak lagi. Kalau nak tahu, bacalah buku ni. Huhu..
Jadi, marilah kita menunaikan solat sunat dhuha ini sacara istiqomah. Janganlah memberi alasan sibuk bekerja atau tidak ada masa. Cuba kita muhasabah diri kita, Allah telah memberi kita rezeki setiap hari, hanya sedikit saja masa untuk kita mendirikan solat dan sujud kepada Allah, salahkah? Jadi, marilah kita bersama-sama menunaikan solat duha ini. Tetapi sebelum itu, cukupkanlah solat wajib dulu. Lakukanlah secara istiqomah.

"Allah menyukai pekerjaan yang dilakukan secara terus-menerus walaupun pekerjaan itu kecil ataupun sedikit" (Hadis laporan Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 14, 2010

BSB : Perang Rumah Sukan


Buku ini adalah sambungan daripada buku BSB : Kini Berwajah Baru. Semestinya Ain Maisarah jadi pilihan. Semalam saya membacanya.

Secuit sinopsis ,,

Hari Sukan Sekolah Sri Bangsar akan diadakan tidak lama lagi. Pasukan rumah masing-masing mula membuat persiapan untuk merebut gelaran juara. Pada tahun ini, ganjaran RM 25 000 bagi rumah yang mendapat juara. Masing-masing berebut mahukan hadiah segempak itu. Dalam pada itu, ada rumah yang cuba sabotaj rumah lain dengan memasukkan ubat sakit ke dalam minuman. Pada hari merentas bandar, hampir 80% pelajar Sri Bangsar mengalami sakit perut dan cirit birit. Haww, haw..lawaknya time tu. Semua atlis yang lari laju-laju pun turut pergi ke tandas. Last-last budak gemuk gedempol pula dapat 10 ten yang sampai awal. Pemenangnya akan diketahui kalau baca BSB: Juara Rumah Sukan.

Ulasan.

Bila baca cerita ini, teringat pula bila merentas desa. Setiap tahun, saya tidak ketinggalan menjadi salah seorang orang yang mendapat 10 ten ke belakang. Tak larat nak lari. Huhu, mujurlah bukan saya seorang saja di belakang. Tetingat masa sekolah rendah dulu, saya hanya berjalan untuk menghabiskan sisa sisa perjalanan. Saya seorang sahaja di belakang. Sedih :( Memang maklumlah, sekolah rendah, semua budak nak lari cepat-cepat. Kalau sekolah menengah ni, semua malas dah nak lari.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini ialah:-
  1. Kita janganlah menggunakan cara kotor untuk mendapatkan kemenangan. Contoh, Rumah merah telah sabotaj rumah lain. Dalam pada masa yang sama, rumah biru juga telah sabotaj rumah lain. Last-last, semua yang kena.
  2. Tidak rugi berjuang dengan cara yang bersih. Cohtoh, rumah kuning tidak berniat langsung untuk sabotaj rumah lain. Akhirnya, 10 peserta rumah kuning telang mendapat top 10 yang sampai awal dan rumah kuning berada di kedudukan pertama dalam acara merentas bandar.

Siapa pencinta buku yang sebenar?



Anda akan dilabelkan sebagai ulat buku @ pencinta buku jika anda mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

1. Suka membaca dan membeli buku.

2. Mempunyai koleksi buku-buku peribadi.

3. Setiap kali ada wang atau gajian, akan terus menuju ke kedai buku terlebih dahulu.

4. Kerap membeli buku walaupun buku lama yang baru dibeli belum habis dibaca.

5. Teruja jika ada potongan harga yang ditawarkan di kedai-kedai buku.

6. Membuat persiapan awal untuk menghadiri pesta-pesta buku yang akan berlangsung.

7. Sangat sayang pada buku dan lokek jika ada orang yang ingin meminjamnya.

8. Kemana-mana saja sentiasa berkepit dengan buku.

9. Disetiap sudut rumah akan kelihatan buku-buku.

10. Tidak kedekut untuk membeli buku walaupun sebuah buku itu berharga ratusan ringgit.

11. Tidak hiraukan aktiviti lain, hanya beraktiviti dengan buku-buku saja.

12. Sering lewatkan masa tidur dan rela bersengkang mata untuk menghabiskan bacaan.

13. Membaca buku yang sama berulang-ulang.

14. Dimana-mana saja, hati dan pandangan selalu sebuk membaca buku.

15. Lupa makan, jika sedang kusyuk membaca.

16. Bersedia mengeluarkan wang untuk menyediakan rak-rak untuk penyimpanan buku.

17. Banyak habiskan masa di kedai-kedai buku dan perpustakaan.

18. Tidak suka bersosial kerana masa lebih berharga untuk meneruskan bacaan buku.

19. Tidur dengan buku.

20. Menangis dan kesal jika buku hilang atau dimakan anai-anai.

21. Ingat atau hafal tajuk dan isi kandungan sesebuah buku.

22. Apabila bersama buku, hati menjadi tenang dan kesedihan menjadi sifar.

23. Sakit hati jika melihat orang lain tidak menghargai buku.

24. Sentiasa bersemangat untuk menyudahkan dan memulakan bacaan sesebuah buku.

25. Membaca buku dengan ruh hingga mempengaruhi emosi.

26. Longgokan buku-buku menjadi terapi minda.

27. Sering bercakap, ketawa, bersedih dan menangis kesan dari pembacaan sesebuah buku.

28. Sanggup bersusah payah untuk mendapatkan buku-buku yang sukar ditemui.

29. Tamak dalam membaca buku. Dalam masa yang sama membaca 5 buku sekaligus.

30. Jika berjumpa dengan kawan-kawan yang ada minat yang sama, topik buku akan sentiasa menjadi topik utama.

31. Cemburu jika melihat ditangan orang lain ada buku, sedangkan ditangan sendiri tidak memegang buku.

32. Memenuhi ruang dan dinding rumah dengan susunan buku-buku.

33. Mempunyai impian untuk membuka kedai buku dan memasarkan buku-buku hasil karya sendiri di kedai buku tersebut.

34. Bersemangat mempengaruhi orang lain untuk sama-sama menjiwai kehidupan sebagai ulat buku.

35. Menyimpan banyak penanda buku sebagai koleksi.

36. Suka menghidu bauan buku-buku baru yang terdapat di kedai-kedai buku.

37. Sangat prihatin dengan kesalahan ejaan, tulisan, muka surat dan cetakan pada sesebuah buku.

38. Tidak banyak bercakap, suka mendengar dan selalu menganalisa setiap apa yang orang lain katakan. Ini kerana fikiran sedang menerawang mencari kemiripan dengan apa yang pernah dibaca.

39. Sesekali bercakap, kata-kata yang dituturkan ibarat mutiara yang sangat bernilai harganya dan terpancar cahaya ilmu diwajah.

40. Koleksi buku menjadi perhiasan utama di rumah hingga menimbulkan kekaguman kepada setiap tetamu yang bertandang.

Dipetik daripada Jom Sewa Buku

Monday, December 13, 2010

9 Nyawa


Tajuk: 9 Nyawa
Penulis: Ramlee Awang Murshid

9 nyawa sering kali dikaitkan dengan nyawa kucing yang dikatakan mempunyai 9 nyawa, namun novel ini bukanlah mengenai riwayat hidup seekor kucing. Novel ini mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan.

Kisah bermula dengan sebuah peristiwa kemalangan yang membabitkan dua buah kereta. Ketika itu, Intan Suryani berumur 8 tahun. Dalam kemalangan itu, ayahnya telah meninggal dunia manakala Intan Suryani masih terlantar di hospital. Ibunya Azizah sangat bimbang akan keadaannya anaknya. Azizah bersungguh-sungguh mahukan anaknya selamat. Dr. David Chu yang merawat Intan Suryani merupakan kawan ayahnya semasa di universiti dahulu. Dr David Chu dan Azizah saling berkenalan. Azizah menceritakan tentang masalah kesihatan Intan Suryani yang menghidap penyakit jantung sejak dilahirkan. Sejak itu, mereka menjadi rapat. Semasa sedang menjaga Intan Suryani di hospital, Azizah bermimpi, dalam mimpi itu, Intan Suryani dikelilingi berpuluh-puluh ekor kucing, Intan memberitahunya bahawa dia mempunyai 9 nyawa. Dia berkira-kira, Intan sudah kehilangan 2 nyawa-ketika dilahirkan dan dalam kemalangan itu.

Sepuluh tahun kemudian, Intan Suryani diserang penyakit jantung, dia rebah. Dia dapat melihat ibunya membuat CPR kepadanya, dan seminit selepas itu, dia sedar kembali. Intan sudah kehilangan 3 nyawa. Azizah sering terganggu dengan bayangan arwah suaminya, Sanusi yang menafikan bahawa Intan itu anaknya. Dahulu, atas kehendak suaminya yang mahu anak secepat mungkin, Azizah membuat kaedah IVF in vitro fertilisation di US. Selepas Intan dilahirkan, Sanusi tidak mempercayai bahawa Intan itu anaknya kerana Intan tidak menyerupai Sanusi.

Hakim, seorang lelaki buta hidupnya hanya tinggal sebatang kara. Ibu bapanya sudah meninggal dunia, kini dia tinggal bersam-sama adiknya,Shauqi di rumah flat kos rendah. Hakim mendapat tawaran bekerja di Hospital tan teck long menjadi telefonis. Adiknya, Shauqi terlibat dalam perniagaan barangan haram tanpa pengetahuan Hakim. Hakim dapat mendengar suara orang yang akan meninggal dunia. Dia dapat membantu En. Jaafar yang mempunyai hhutang dengan kawannya sbelum En Jaafar meninggal dunia.

Pada suatu hari, Khairil ke D’Diamond-perusahaan milik Azizah untuk membeli berlian. Intan melayan pelanggannya itu dengan baik sekali tetapi ditegah oleh Azizah. Azizah selalu mengongkong Intan.Azizah tidak membenarkan Intan terlalu rapat dengan mana-mana lelaki walaupun sebagai sahabat. Tiba-tiba, dua orang perompak memasuki galeri D’Diamond. Khairil menendang salah seorang perompak tersebut, oleh sebab terkejut, perompak itu melepaskan tembakan dan terkena ke kepala Intan. Walaubagaimanapun, Intan selamat. Dia kehilangan nyawanya yang ke-4. Dia menganggap khairil sudah selamatkan nyawanya. Untuk berterima kasih kepada Khairil, dia keluar makan tengah hari bersama-sama khairil tanpa pengetahuan Azizah. Pada saat itulah, perasaan cinta mula tumbuh di hati Intan.

Pada suatu malam, Intan bermimpi kelibat hitam yang menakutkan. Dia sesak nafas, dan kehilangan nyawanya yang ke-5. Pada malam itu, Azizah menukar tempat tidur dengan Intan. Pada keesokan harinya, rumah mareka didapati diceroboh tetapi tidak dipecah masuk. Kawalan keselamatan diperketatkan di rumah dua tingkat itu. Khairil datang ke rumah intan untuk ke Istanbul dengan alasan ibubapanya meninggal dunia. Pada malam itu, Azizah dikejutkan dengan kepulangan Dr. David Chu yang pulang dari Ireland setelah menyambung pelajarannya di sana.

Hakim berkawan rapat dengan Dr. Karen sejak dia bekerja di hospital. Dr. Karen berasa tertekan kerana teman lelakinya, Carl minta memutuskan hubungan mereka. Lebih menyakitkan lagi, apabila Dr. Karen mengetahui dirinya sedang mengandung. Dia bertekad ingin membunuh diri tetapi ditegah Hakim.

Azizah dan Intan kini dalam bahaya, ketika dalm perjalanan ke tempat kerja, dua buah motorsikal melepaskan tembakan kea rah mereka. Intan kehilangan nyawanya yang ke-6.

Dipercepatkan cerita, Intan menikahi Khairil. Semasa mereka berbulan madu di Singapura, Intan mengalami kejutan jantung. Intan koma. Dalam komanya, dia dapat berbicara dengan Hakim. Dia juga dapat mengetahui siapa Khairil yang sebenarnya. Khairil sebenarnya ialah Carl, boyfriend kepada Dr. Karen. Khairil sebenarnya hanya mahukan harta Intan selepas dia meninggal dunia. Tetapi Intan dapat diselamatkan dan Khairil ditangkap polis. Intan pula mula menyukai Hakim. Intan juga dapat mengetahui bahawa ibunyalah yang membuatkan Hakim menjadi buta dalam satu kemalangan. Pn Azizah akan berusaha untuk menyembuhkan mata Hakim.

Saturday, December 11, 2010

Mari Bermain dengan Gambar

Mari kita tengok gambar-gambar kat bawah ni,


Nampak tak gambar ni macam beralun-alun.


Cuba kira pensil ni ada berapa batang?



Yang ni paling best, cuba tengok kat bulan tu lama-lama. Tengok berapa bintang akan hilang


nak tengok banyak lagi, kat sini~

BSB : Kini Berwajah Baru


Bismillah..
Semalam ke kedai buku, adalah beli 6 buah. 2 novel Ain Maisarah. Hari ni, baca buku ni. Habis dah baca. Hurm, nampaknya saya asyik baca buku novel saja ya. Bilalah nak baca buku karya agung. Sebelum cuti dulu, Cikgu Ismajunaiza pesan, bukan tulis novel saja, buku motivasi, buku BI, buku-buku karya agung dan lain-lain juga kena baca. Oh, lepas ni kena stop sat lah baca novel. Hihi.

Sri Buletin Sri Bangsar, penulisnya tak lain tak bukan Ain Maisarahlah. Kalau dengar Sri Bangsar tu, mestilah beliau penulisnya. Sekolah Sri Bangsar, rasanya bukanlah sekolah kerajaan Malaysia. Sekolah swasta yang ditubuh oleh Ain Maisarah barangkali. Pelajarnya tak kira umur sebenar. Siapa yang mula berdaftar, tak kiralah umur apa sekalipun, dikira tingkatan 1. Kalau selalu online, akan nak ke tingkatan 2. Huhu, saya belum lagi mendaftar di sekolah itu.

Ok lah, cerita BSB:Kini Berwajah Baru ni tentang Wilma yang menjadi ketua pengarang di Sri Bangsar. Pada tahun itu, cikgu tak mau bagi budak form 5 tulis buletin tiap-tiap bulan sebab takut ganggu pelajaran mereka. Jadi, cikgu suruh Wilma pilih budak form 4 jadi ketua penulis bulletin. Wilma ni tak mau lah, sebab dia memang nak sangat tulis buletin tentang kumpulan paling popular, The Wannababes tu. Mau tak mau, dia kena pilih jugak. Dia pilih Betty sebab dia rasa Betty tak layak jadi ketua. So, dia akan buat Betty ni tak berjaya siapkan Buletin jilid pertama. Dia tak mau bagi tunjuk ajar kepada Betty, sabotaj hasil kerja yang dibuat oleh mereka. Walaubagaimanapun, Betty telah membuat pembaharuan, dia terbitkan buletin dalam bentuk online. So, selesai masalah. Cikgu pun bangga dengan dia. Itulah ceritanya. ;)




Chronicle 301 : Semester Satu

Novel ini, saya membacanya ketika raya haji dahulu semasa di kampung. Saya mengambil masa satu hari untuk menghabiskannya. Yelah, kat kampung memang tak buat apa-apa kerja. Jadi, baca buku jelah. Novel Chronicle 301: Semester satu ni, ditulis oleh empat orang penulis iaitu Ana Dania, Qayyum Nur, NeyJoehan, dan Anis Adlyana. Walaupun ditulis oleh 4 insan yang kreatif itu, tetapi saya tidak 'bercelaru' untuk membacanya. Bukan celaru apa, cuma saya rasa gaya penulisan mereka hampir sama. Seperti ditulis oleh seorang penulis.

Chronicle 301 ini menceritakan tentang 4 orang sahabat yang mempunyai latar belakang yang berbeza yang tinggal di sebuah bilik nombor 301. Jalan cerita mereka sama. Cuma yang berbeza halangan yang ditempuhi mereka. Semua watak menarik, cuma yang paling saya suka cerita watak Nisa.


Iman, ditulis oleh Ney Joehan
- Gadis Tomboy yang datang dari kampung di daerah Taiping
- Bapanya seorang penjual laksa dan ibunya telah meninggal
- Pertama kali jejakkan kaki ke KL, banyak perkara yang dia tidak tahu hingga menyebabkan beberapa insiden kelakar terjadi
- Penakut kepada keadaan gelap
- Dia suka kepada seorang pelajar lelaki skema dan kemudian perasaan sukanya berpaling arah kepada pelajar Indonesia yang datang belajar di UNITI



Nisa, oleh
- Gadis yang kelihatan lemah lembut tetapi ada kala mulutnya boleh laser
- Bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di UNITI, manakala ibunya bekerja sebagai kerani di bahagian pentadbiran UNITI
- Dia menaruh hati pada seorang pelajar senior yang bergelar ustaz




Awa, oleh Didi Danya
- Gadis penang yang skema yang becok mulutnya
- Anak manja dan anak tunggal
- Bapanya seorang taukeh nasi kandar di Pulau Pinang, ibunya tidak bekerja






Dan yang terakhir Jijah, watak ini adalah yang ditulis oleh Qayyum Nur, :D

Jijah, oleh Qayyum Nur
- Gadis kaya yang sangat 'sempoi'
- Ke mana-mana dengan basikal kesayangannya
- Anak kepada Dato Khalid, seorang usahawan terkenal dan Datin Maria, seorang mak datin yang ligat berpersatuan
- Pelajar senior yang cukup dia meluat suatu ketika dahulu, akhirnya disukainya. Namun malangnya, kawan pelajar senior itu yang bertindak dahulu mengushar Jijah

penerangan watak-watak di atas dipetik daripada blog Qayyum Nur

Friday, December 10, 2010

Impiana 1,2,3&4

Bismillah..
Semalam, buku Impiana 3 & 4 baru saja sampai. Alhamdulillah, malam ni baru habis baca kedua-dua buku tersebut. Rasa cepat pula bacaan saya pada kali ini. Mungkin mereka yang selalu membaca novel lagi cepat bacaan mereka. Kadang-kadang saya baca lambatlah jugak, mungkin kerana buku-buku ini buku cerita, jadi saya boleh skip perenggan-perenggan yang tidak penting. Selalunya apabila membaca novel, saya hanya akan membaca dialog untuk mengetahui jalan ceritanya, itupun kalau nak cepatlah. Tidak seperti membaca buku motivasi ataupun buku-buku ilmiah. Mana boleh skip, kalau tak tak tahulah fakta-fakta yang disampaikan.

Ok lah, nampaknya novel bersiri Impiana sudah pun menemui penghujungnya. Syarikat Impiana sudah pun ditutup. Pekerja-pekerjanya pun sudah di tangkap. Lepas ni mungkin Ain Maisarah akan menulis cerita mengenai ahli The Wannababes lebih lanjut lagi. Hurm, Ain Maisarah, pasti ada saja sambungannya. Antara siri aku mahu dan siri impiana, saya lebih suka siri impiana di mana Ain Maisarah menonjolkan watak-watak yang lebih dewasa. Siri impiana ni, ada kena mengena dengan siri aku mahu. Siri aku mahu cerita waktu zaman persekolahan pelajar Sekolah Sri Bangsar dan siri impiana pula apabila mereka semua berumur 28 tahun. Jadi, siri Impiana ceritanya lebih mencabar dan menarik. Tidaklah bersifat kebudak-budakan di mana kumpulan The Wannababes yang terlebih gedik itu sudah kurang sikit gediknya. Ketua kumpulan itu, Fasha pun sudah berubah 360 darjah.

Disini saya tidak mahulah menceritakan jalan cerita impiana 3 & 4 yang sangat best itu. Kalau cerita, pasti sudah tidak suspen apabila membacanya nanti. Sinopsis pendek Impian 1,2,3&4:-

Kisahnya mengenai, Shasha, Fahrin, Nana, Linda, Pae'i, dan Fasha mendaftar di sebuah Syarikat Impiana yang dikatakan boleh memenuhi impian manusia dengan apa cara sekalipun. Syarikat ini akan menggunakan apa cara sekalipun untuk mencapaikan impian mereka sama ada dengan cara baik mahupun kotor. Impian akan tercapai dalam masa tiga bulan sahaja dan mereka yang berdaftar perlu membayar tujuh ribu ringgit kepada syarikat tersebut. Mereka hanya berhubung dengan syarikat itu hanya melalui surat dan emel sahaja.

Shasha-mahu menurunkan berat badan. Dia menjadi banduan selama tiga bulan. Dalam tahanan, dia membuat kerja-kerja berat. Jadi, berat badannya pun turun selepas tiga bulan.

Fahrin-mahu berhenti merokok seumur hidup. Dia dimasukkan ke hospital bahagia dan dikatakan gila. Di hospital itu, dia tidak dibenarkan merokok.

Nana-mahu menjadi lebih cantik dan lebih kaya daripada kakaknya.

Linda-mahu 1 juta ringgit. Akhirnya, dia mendapat 1 juta selepas kematian ibu, ayah dan tunangnya-duit insuran.

Pae'i-mahu lebih terkenal daripada Mawi. Dia dikatakan penjahat dan setiap hari masuk paper dan berita

Fasha-mahu menghentikan impian Pae'i dan Nana.

Itulah impian-impian mereka. Sangat menarik. Kalau nak tahu last dia apa, Bacalah sendiri..Huhu..


Thursday, December 9, 2010

Impiana 3 & 4 sudah sampai!!!


Alhamdulillah, setelah lama menunggu sampai jugak buku ni. Erm.. tak lah lama mana pun, seminggu je..hihi. Mula-mula tengok dekat website Ain Maisarah, tarikh pembelian sudah tutup. Bila tengok senarai pembeli, tak sampai 500 lagi. Jadi, saya tanyalah sama ada pembelian dibuka atau tidak. Alhamdulillah, mungkin sudah menjadi rezeki saya pembelian masih dibuka. Saya tunggu hari-hari demi, hari ni baru sampai. Pagi tadi, sebelum pergi tuisyen terus pergi tuntut barang.

Haa, itulah Impian 3 & 4. Saya juga dapat membaca kisah perkahwinan Fasha dan Amir secara ebook percuma. Kisah pendek Farah & Fahrin. Saya juga dapat autograf Ain Maisarah. Saya juga akan dapat kad kahwin Fasha. Huhu, Majlis kahwin Fasha tahun depan. Waktu pesta buku antarabangsa. Hurrmm, nampaknya kena pergi jugak pesta buku kl tahun depan!

Quranology


SubhanAllah, buku ini sangat best! Saya dapat tahu apa yang saya masih tidak tahu tentang Al-Quranul Karim. Saya dapat tahu perkara-perkara baru yang sebelum ini saya tidak tahu. Sememangnya, ilmu saya sedikit sangat. Jadi, saya perlu lebihkan membaca buku-buku seperti ini. Kalau tengok pada piramid bacaan, ternyata al-Quran itu perlu dibaca paling banyak. Jadi, saya rasa membaca buku mengenai al-Quran juga termasuk dalam tahap yang tertinggi itu.

Saya suka gaya penulisannya juga agak santai. Tidak terlalu formal saya rasa. Tidak membosankan. Ternyata penulisnya, Mohammad Asyraff Ayob berjaya memikat hati saya untuk terus membaca, dan membaca buku ini hingga ke bab yang terakhir. Sekiranya kita membeli buku ini, kita akan dapat ebook percuma dan boleh menghadiri kem tahfiz pada tahun 2013 dengan percuma!

Quranology, itulah tajuk yang diberi. Quranology, perkataan 'logy' pada tajuk buku ini bermakna 'akhiran sebagai pembentuk nama ilmu. Contoh yang selalu kita dengar, psychology, sosiology.

Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab sememangnya kita sudah tahu. Kita juga wajib membaca al-Quran dengan bertajwid. Dalam buku ini, penulis membuat persamaan, tajwid ini seperti Matematik Moden, manakala Qiraat pula seperti Matematik Tambahan. Jadi, Qiraat lebih susah dan perlu dipelajari kepada orang yang lebih pakar.

Terdapat satu kisah dalam buku ini, ada seorang wanita yang akan menjawab pertanyaan dengan menggunakan ayat al-Quran. Sepanjang hidupnya, tidak pernah bercakap cakap kosong. Semua kata-katanya adalah berdasarkan al-Quran.SubhanAllah.

Buku ini juga menerangkan 40 soal jawab fiqah popular tentang Quran. Dalam banyak-bayak itu, saya dapat tahu jika kita dalam berhadas besar kita tidak dapat memegang al-Quran. Kita boleh meletakkan alQuran tersebut di dalam beg bersama barang-barang yang lain. Jadi, bila membawa beg tersebut, kita perlu niat membawa beg biasa, bukan al-Quran. Hukumnya harus.

Sebenarnya banyak lagi kandungan buku ini yang sangat menarik.



Anakku Bijak Belajar

Alamak! Sudah tiga hari tertinggal. Huhu, nampaknya kena cover baliklah. Bukan apanya. Sebenarnya semalam malas sangat nak bukak internet sebab ada baca satu buku ni, best sangat! Erm..buku tu saya akan cerita akan pada post yang seterusnya.



Buku kali ni bertajuk Anakku Bijak Belajar. Sentuhan ibu bapa. Erm.. tengok dari tajuk sudah tahu buku ini khusus untuk ibu bapa. Tetapi kat depan cover tu dah tulis juga, untuk semua. Sebenarnya, buku ini saya sudah baca pada dua tahun lepas waktu itu saya di tingkatan 1. Saya tidak ingat sama ada saya membaca penuh atau 'selak-selak'. Tetapi apabila saya melihat isi-isi dalam buku ini, saya rasa seperti saya sudah membacanya. Hurm..memang buku ini harus dimiliki oleh setiap ibu bapa. Buku ini mak yang beli. Saya cuma 'tumpang' baca.

Walaupun sudah lama saya membacanya, saya selalu ingat ada dua kata-kata motivasi yang terkandung dalam buku ini.

Berkata Andrew Martin, seorang pelajar memberitahunya,

"Kamu tidak mahu dilihat sebagai ulat buku oleh kawan-kawan, tetapi kamu juga perlu belajar bersungguh-sungguh. Kamu perlu menyiapkan kerja-kerja sekolah tetapi perlu juga mendengar cakap kawan semasa di dalam kelas. Kalau tidak, kamu akan dipulaukan"-halaman 140

Kata-kata ini selalu mengingatkan saya, walaupun menjadi ulat buku, kita tak sepatutnya membaca buku sepanjang masa sehingga tidak menghiraukan orang lain. Selalu kalau kita lihat, ulat buku, mesti pendiam. Kalau saya tanya kawan sekelas saya, saya pendiam atau tidak, tentu mereka akan cakap tidak kerana saya ni agak kuat menyembang juga. Yelah, sekali sekala perlulah bergurau supaya belajar lebih santai dan tidak terlalu stress.

Lagi satu, ini mungkin berguna untuk ibu bapa. Tetapi kata-kata ini saya sudah tak ingat terletak di muka surat mana dan sukar jugak nak mencarinya. Kata-kata itu lebih kuranglah :-

"Ibu bapa tidak beri apa yang mereka dapat sewaktu mereka kecil kepada anak-anak mereka"

Ok, apa yang saya faham di sini ialah, ibu bapa tak didik anak mereka macam mana nenek ngan atuk kita didik ibu bapa kita. Contohnya, dulu ibu bapa kita selalu dipukul sebab tak perlu mengaji contohnya, tetapi, sekarang ibu bapa kita pukul tak kita kalau kita tak pergi mengaji??



Monday, December 6, 2010

From Cat Stevens to Yusuf Islam


Buku ini mengisahkan mengenai Yusuf Islam atau Cat Stevens. Yusuf Islam merupakan seorang superstar muzik dunia yang meninggalkan dunia glamor untuk menjadi muslim dan aktivis kemanusiaan. Yusuf Islam mula mendapat hidayah ketika membaca al-Quran yang dihadiahi oleh abangnya, David. Beliau sangat tertarik dengan al-Quran yang menerangkan tentang tuhan yang sebenar yang dicarinya selama ini.

Buku ini ditulis oleh Hermawan Aksan seorang Indonesian. Jadi, buku ini terdapat dalam bahasa Indonesia. Saya kurang faham dengan bahasanya yang 'lebih kurang dengan bahasa Inggeris'. Perkataan dalam bahasa inggeris dieja indon, nampak jelek saja. Huhu. Tak apalah, walaubagaimanapun, saya dapat memahami jalan ceritanya.

Selepas memeluk Islam, Yusuf Islam meninggalkan dunia muziknya dan beliau melibatkan diri dalam aktiviti kemanusiaan seperti bantuan Tsunami, Palestin dan sebagainya. Beliau juga telah menubuhkan sekolah rendah dan menengah muslim.

Sunday, December 5, 2010

Tau Tak Apa

Salam sejahtera, semoga hari anda semakin hebat, sihat dan cemerlang hari ini. Haa, kata-kata pendahuluan ini, dipetik daripada buku inilah. Lebih kurang setiap bab, pendahuluannya dimulai dengan kata-kata perangsang untuk menjadi yang terbaik. Buku Tau Tak Apa ni, ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Erm..buku motivasi ini, disampaikan dalam bentuk santai. Ala-ala bersembang gitu lah. Beliau banyak menceritakan pengalaman beliau.

Banyak info yang menarik saya dapat daripada buku ini. Tentang taugeh. Sebenarnya taugeh ni banyak khasiat tau. Cerita taugeh dalam buku ni ada 2-3 bab. Erm, saya suka setiap bab yang ditulis tidak terlalu panjang. Semua pendek-pendek. Senang nak baca. Kalau ada cerita yang panjang, disambung ke bab yang seterusnya. Lagi, ada juga diceritakan pasal sejadah terbang. Kelebihan orang lahir pada bulan Mac. Kebetulan pula saya juga dilahirkan dalam bulan Mac.

Erm, dalam banyak-banyak cerita, ada satu cerita ni, ada orang cerita pasai dia boleh jadi doktor walaupun tak ambil aliran sains. Wah, menarik. Ada ke kat Malaysia ni boleh jadi doktor, padahal tak amik aliran sains di tingkatan 5? Erm, sebenarnya dekat Pakistan boleh. Asalkan lulus pre-medical. Dah banyak orang jadi doktor, tapi tak ambil aliran tersebut.


Saturday, December 4, 2010

VT-Hilal Asyraf

Salam sejahtera, semoga hari ini anda menjadi manusia yang luar biasa daripada biasa-biasa. Ok, sebut saja Hilal Asyraf, mesti peminat setia novel islamik sudah tahu betapa bestnya karja Hilal Asyraf ni. Sebenarnya, inilah pertama kali saya membaca novel Hilal Asyraf ni. Pada mulanya tak dak niat pun nak beli novel ni, tapi disebabkan nak cukupkan duit beli buku hari tu, plus nak try baca karya penulis yang semakin terkenal ini so, beli je lah.

Apabila saya baca buku ini, SubhanAllah..bestnya! Mungkin saya tidak tahu tahap keseronokan membaca buku-buku beliau yang lain. Buku ini tentang pelajar sekolah MATRI. Itulah yang paling tertarik untuk saya membelinya.

Ceritanya mengisahkan, sekumpulan pemain bola tampar MATRI yang tidak lagi berjaya mendapat johan selepas 10 tahun yang lalu. Kemudian, datang seorang pelatih yang melatih pelajar-pelajar ini. Pada mulanya, pelajar-pelajar ini sangat degil, kasar dan sama waktu dengannya. Selepas itu, nama MATRI lebih menyerlah selepas mereka bersungguh-sungguh dalam latihan. Akhirnya, mereka berjaya mendapat pingat emas dan menewaskan SSNP.

Erm..watak dalam novel ini, diadaptasi daripada watak pemain yang sebenar. Tapi, saya rasa cerita ini ada yang direka. Huh, tak percayalah budak MATRI solat subuh pukul 10 pagi dan pemain-pemain semua bersifat kasar, sombong dan berlagak. Oh, tak percaya langsung tu perangai pelajar di situ walaupun tak mustahil jika ada yang begitu. Huhu, hati saya kuat mengatakannya adalah rekaan semata-mata. Erm...lagi satu buku ni agak unik dan menarik kerana tiada watak perempuan dalam novel tersebut kecuali itu pemain, itupun dalam beberapa perenggan sahaja. Jauh sekali lah ada cerita cinta antara manusia melainkan cinta kepada Allah. Novel ini juga menerapkan motivasi kepada remaja. Tidak lari juga, dakwah dalam bersukan. Dakwah yang ditonjolkan dalam bentuk santai, sangat menarik!

Saya tertarik kepada kata-kata "Matahari hanya akan malap apabila kiamat" <--kata-kata ini digunakan supaya mereka tidak putus asa dalam bermain bola tampar.

Friday, December 3, 2010

Additional Mathematics form 4-Functions-Relation-(Types)


Salam sejahtera dan semoga hari anda lebih terus maju. Ok, tajuk kali ini ialah Types of relation. Tengok pada mind map di atas, Types ialah tajuk kecik terakhir bagi sub tajuk Relations.

Types of Relations ada 4 :-
  1. One to one
  2. Many to one
  3. One to many
  4. Many to many
1. One to one
ok, cuba tengok rajah ini. Ini jenis satu ke satu. Tengok arrow tu, dari satu nombor ke satu nombor.

2. Many to one



Dan ini jenis many to one. Di mana nombor di sebelah domain ke satu nombor codomain.

3. One to many
Haa, ni pulak yang jenis one to many. Satu nombor ke dua nombor.

4. Many to many.
Ini pula, many to many. Banyak nombor ke banyak nombor.

Thursday, December 2, 2010

JIBAM

Semoga hari ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Kata-kata ini yang selalu merangsang saya untuk menjadi yang terbaik setiap hari.

Penulis : Ujang
Penerbit : Creative Enterprise
Tahun : 2006
Mukasurat : 186

Saya baca buku ini waktu tu saya masih di tahun 6. Sebenarnya buku ini saya dapatkannya di KLIBF pada tahun 2007. Memang pada waktu itu, tak minat sangat la baca buku macam-macam ni. Tapi beli juga sebab penulisnya, Ujang sehari sebelum itu telah memberi ceramah pada Peserta-peserta khemah membaca. Pastu dah beli, takkan tak baca pulak. Siap dapat signature penulis lagi dan Ram rasanya pelukis komik kot. Bila dah baca, buku ni memang best! Patutlah, novel ni dikategorikan novel popular. Siap ada filem lagi!

Anekdot

Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia di sambut bukan di pesta besar. Sambutan diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.

Ini anekdot yang tercatat di belakang kulit novel ini.

Sinopsis

Jibam anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri.

Jibam dimusuhi Tuk Ngah Sudin. Selalu benar Sudin sering memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah Sudin.

Jibam juga dibenci Usin Singai. Marahnya Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin Singai menetap di atas tanah Tok Ngah Sudin yang sebenarnya dimiliki oleh Suman.

Dan Jibam, anak yang bodoh alang itu, perlahan-lahan membongkar rahsia kematian ayahnya. Ilmu ghaib yang diwarisi dari ayahnya serta khianat dan dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai.

Anekdot dan Sinopsis, dipetik daripada Ikatkata

Additional Mathematics-Functions-Relation-(Important Terms)

Bismillah, entry ini sambungan daripada tajuk kecil iaitu Representation. Hurm, mungkin ini ulasan daripada buku teks barangkali. Huhu


Ok, berdasarkan mind map ni, kita tengok tajuk kecik yang kedua dalam Relation. Tajuknya, Important Terms. Important Terms pula terbahagi kepada tiga iaitu :-
  1. Domain & Codomain
  2. Object & Image
  3. Range of relation
1. Domain & Codomain
Mula-mula domain dan codomain dulu. Daripada pic tu, kita dah tahu, domain sebelah kiri manakala codomain sebelah kanan. Ini contoh daripada arrow diagram.

Jadi domain={2,3,4}
Codomain={4,6,8,9}



2. Object & Image

Contoh untuk arrow diagram, tengok pic di atas. 2 ialah objek bagi 4. Dan 4 ialah image bagi 2.
Ini pula sama saja cuma dalam bentuk odered pair.

object 4->2
image 2->4


3. Range of a relation

Range ni yang saya faham ialah nombor yang kena arrow tuu. Codomain {4,6,8,9} - (buang) nombor yg tak kena domain {9} = range <-mungkin boleh pakai formula ini. range={4,6,8}
Jadi y ialah range

range={4,6,8}

;) Kalau ada silap, sorry yaa. Kali ini saya hanya bagi contoh untuk arrow diagram dan odered pair sahaja. erm..rasanya graph tu sama sahaja dengan yang lain.

erm..di sini saya ada satu kekeliruan macam mana nak cari codomain dalam odered pairs? tak apalah, kalau berani, saya akan tanya cikgu Halim.

Additional Mathematics-Functions-Relation-(Representation)

Seronok belajar add math! Wah..belajar apa pun, kena seronok. Alhamdulillah, tadi tusyen, faham apa yang diajar oleh Sir Halim. Ok, di sini saya mahu share apa yang saya belajar tadi. Perhatian, saya bukan guru add math! Saya hanya budak baru belajar. Saya cuma nak share ilmu. Buat apa kedekut. Mungkin nota ini boleh membantu atau revision kepada sesetengah orang dan juga saya sendiri. Kepada Tingkatan 3 (tak kira lah tahun apa pun), kalau silibus masih sama, mungkin boleh jadikan revision awal sebagai persediaan untuk melangkah ke form 4. Ok, saya akan cuba sedaya upaya untuk buat seringkas yang mungkin dan anda dapat faham.

Itu mind map untuk tajuk Functions.

Dalam entry ni, saya cuma nak terangkan satu tajuk kecil dahulu, iaitu Representation. Tengok cabang Relation di atas ada lagi cabang kecil iaitu Representation.

  • mula-mula sekali kena tahu simbol notation of set iaitu { }
  • Representing a relation ni ada 3 iaitu:-
  1. Arrow diagram
  2. Ordered pairs
  3. Graph

1. Arrow diagramHaa, beginilah rupanya arrow diagram. Tak kisahlah bentuk bulat ke, segitiga ke, empat sagi ka..yang penting, ada arrow. Yang sebelah kiri tu dikenali sebagai x dan yang sebelah kanan y.

2.Odered Pairs

Yang ini pulak, odered pairs. Odered pairs ni ada simbol set notation. Nombor yang sebelah kiri itu dikenali sebagai x dan yang kanan y

3. Graph

Ini pula graph, macam graph biasa lah. Rasanya semua tau kot mana y dan x. Yang menegak y, dan yang melintang x

Ok, ini satu tajuk kecil. Kira intro lah. Kalau ada silap, tolong habaq naa.
Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~