Wednesday, December 15, 2010

Magnet Rezeki dengan Solat Dhuha


Bismillah, malam ini saya memilih buku ini untuk dikongsikan. Kalau tengok gambar di atas, itu bukanlah cover buku itu. Disebabkan saya melipat buku itu ketika membacanya, jadi covernya sudah melengkung. Payah nak luruskan balik dah sebab kulit buku itu nipis sangat. Selalunya kalau lipat, tak lah melengkung tahap kronik itu. Buku yang bertajuk Magnet Rezeki dengan Solat Dhuha ini ditulis oleh Muhammad Mokhtar. Buku ini mempunyai 140 muka surat. Tidaklah terlalu tebal, nipis saja.

"Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat" (Hadis laporan Tirmizi)

Daripada ahadis di atas, jelaslah, sesiapa yang mengerjakan solat duha, mereka memperoleh kemuliaan rezeki dan dijauhkan daripada kemiskinan. Sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa meminta kepada Allah, agar dimurahkan rezeki. Setiap umat Islam, kita tak sepatutnya meminta pertolongan kepada yang lain selain Allah, ini kerana Allah lah yang memberi rezeki kepada kita setiap masa. Solat dhuha bukan sahaja untuk membantu kita mendapatkan rezeki, bahkan untuk membersihkan kekotoran yang ada dalam rezeki kita.

Solat sunat dhuha boleh dilakukan semasa matahari sedang naik setinggi satu ataupun dua galah sehingga waktu menjelang solat Zuhur. Kita boleh melakukan solat sunat dhuha ini daripada dua hingga hingga dua belas rakaat. Dalam rakaat pertama selepas membaca al-Fatihah, kita bolehlah membaca surah asy-Syams. Pada rakaat kedua, selepai al Fatihah, baca pula surah ad-Dhuha. Atau boleh lah membaca Surah ad-Duha pada rakaat pertama dan Alam Nasyrah pada rakaat kedua selepas membaca surah al-Fatihah.

Solat sunat duha ini tidak asing lagi dalam kehidupan saya, saya selalu bersolat dhuha ini pada waktu cuti. Kalau waktu sekolah, kadang-kadang sahaja saya bersolat pada waktu rehat di surau kecuali pada hari Jumaat kerana pada hari itu sememangnya setiap pelajar akan bersolat di dewan selepas membaca yassin dan solat hajat berjemaah. Solat duha kami melakukannya secara sendiri. Teringat pula pada suatu hari Jumaat, selepas Solat hajat berjemaah, perut saya sakit. Maka dengan itu, wudhu' saya terbatallah. Ketika itu saya berada di saf tengah. Jadi, terpaksalah meninggalkan dewan untuk ke tandas.

Saya tahu, memang susah untuk mengajak orang turut menunaikan solat ini. Saya pernah mengajak kawan saya bersolat, tetapi dia tidak mahu. Katanya malas. Memanglah solat ini hanya hukumnya sunat, tapi apalah salahnya kita berikhtiar untuk membaiki rezeki yang peroleh.

Ada sebuah hadis yang mengatakan "Allah berkata, 'Aku menurut sangka hambaku padaku dan aku bersamanya sewaktu dia mengingati ku. Apabila dia mengingatiku, maka aku juga mengingatinya. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, aku juga mengingatinya di khalayak ramaiyang lebih baik. Apabila dia mendekatiku satu jengkal, aku mendekatinya satu hasta. Apabila dia mendekatiku dengan berjalan, aku mendekatinya dengan berlari"

Daripada hadis ini, kita dapat memahaminya sesiapa sahaja yang mahu mendekati Allah dengan bersungguh-sungguh, Allah memancarkan cahayanya dan mendekatinya. Sesungguhnya, Allah lebih dekat kepada seorang manusia berbanding urat nadinya sendiri.

Sebelum membaca buku ini, saya hanya tahu solat duha hanya untuk memudahkan dapat rezeki sahaja. Tetapi sebenarnya, solat dhuha ini sangat banyak fadilatnya antaranya,

  • Allah membina istana di syurga
  • Allah menghapuskan segala dosa
  • Allah mencukupkan semua keperluan
  • Allah memberikan pintu khusus untuk masuk syurga.
  • dan banyak lagi. Kalau nak tahu, bacalah buku ni. Huhu..
Jadi, marilah kita menunaikan solat sunat dhuha ini sacara istiqomah. Janganlah memberi alasan sibuk bekerja atau tidak ada masa. Cuba kita muhasabah diri kita, Allah telah memberi kita rezeki setiap hari, hanya sedikit saja masa untuk kita mendirikan solat dan sujud kepada Allah, salahkah? Jadi, marilah kita bersama-sama menunaikan solat duha ini. Tetapi sebelum itu, cukupkanlah solat wajib dulu. Lakukanlah secara istiqomah.

"Allah menyukai pekerjaan yang dilakukan secara terus-menerus walaupun pekerjaan itu kecil ataupun sedikit" (Hadis laporan Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment

Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~