Novel pertama yang saya mula-mula baca karya Ramlee Awang Murshid ini ialah Tombirou Terakhir. Novel ini kesinambungan daripada novel Tombirou & Semangat hutan. Sampai sekarang saya masih belum baca Tombirou, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku pada Amiruddin. Novel Tombirou Terakhir ini banyak menceritakan Amaruddin manakala watak Amiruddin sudah meninggal dunia dalam siri ini.
Novel RAM yang kedua, ADAM (Aku Darah Anak Malaysia). Saya meminjam novel ini di Perpustakaan sekolah pada tahun lepas. Ceritanya, tentang Hilman yang dituduh membunuh dalam satu kemalangan di US. Dia ditangkap dan tiada siapa yang boleh melepaskannya kerana pembunuh sebenar ialah President US. Namun, dia dapat melarikan diri daripada tahanan dan berhasrat untuk membalas dendam. Erm, jalan ceritanya unik.
Antara semua novel RAM, saya paling suka Ungu Karmila. Novel ini mengisahkan sepasang suami isteri,Arif dan Karmila yang tinggal di sebuah banglo. Dikatakan dalam banglo itu 'sesuatu' dan pelbagai kejadian aneh berlaku. Arif yang tidak mendengar nasihat, telah membawa bunga hutan untuk dikacukkan dengan bunga ros. Apabila dikacukkan, tumbuh bunga ros ungu. Dia menamakan bunga ros itu dengan nama Ungu Karmila. Sejak itu, kehidupan mereka tidak tenteram sehinggalah berlaku pembunuhan. Arif telah dituduh membunuh isteri dan orang gajinya dan membunuh diri. Dipercepatkan cerita, orang asli mempercayai sesiapa yang masuk ke banglo itu akan menemui ajal sehinggalah banglo itu terbakar. Seorang doktor telah menyiasat, semua kejadian berpunca daripada bunga Ungu Karmila. Apabila seseorang menghidu bunga itu, dia akan mengalami halusinasi. Itu yang menyebabkan mereka 'terbunuh' diri mereka sendiri. Huh, sungguh misteri. Cerita ini ada juga unsur-unsur seram yang diselitkan dan tidak banyak pembunuhan kejam yang terlibat. Itu yang membuatkan saya suka novel ini.
Novel ini pula tentang Mikhail. Yang mahu membalas dendam terhadap pembunuhan ayahnya. Dia mengikut sahaja kata-kata Uncle Dick yang menjaganya sejak kecik. Dia merupakan pembunuh professional namun, setelah melakukan pembunuhan, dia akan kembali pada kehidupannya seperti biasa-pekebun anggur. Namun, dalam satu misi pembunuhan, dia mengenal siapa dirinya yang sebenar-namanya bukan Mikhail. Cerita ini rasanya sangat kejam. Kejam dan licik!
Pertama kali saya membaca novel RAM, saya rasa penulisannya lain daripada yang lain. Genre thriller yang dibawakannya amat menarik untuk dibaca. Tidak seperti penulis thriller yang lain. RAM pandai mempelbagaikan gaya bahasa dan teknik plot supaya pembaca tidak bosan. Penulisannya juga membuatkan saya kagum seolah-olah penulis ini seorang doktor, penjenayah, penipu, penembak dan sebagainya kerana penceritaan dan pembawa sesuatu watak itu sangatlah seperti seseorang yang sudah mempunyai pengalaman besar dalam bidang tersebut. Kebanyakan ceritanya tentang pembunuhan dan paranormal. Mungkin hanya orang yang tinggi daya imaginasi dan banyak membaca yang boleh menulis novel-novel hebat seperti ini. RAM ada juga menyelitkan kisah-kisah percintaan, tetapi tidaklah terlalu ketara. Setakat ini, saya hanya mampu mengumpul 9 daripada novel-novel RAM. InsyaAllah, saya akan beli lagi. Hihi. :)
No comments:
Post a Comment