Thursday, December 9, 2010

Impiana 3 & 4 sudah sampai!!!


Alhamdulillah, setelah lama menunggu sampai jugak buku ni. Erm.. tak lah lama mana pun, seminggu je..hihi. Mula-mula tengok dekat website Ain Maisarah, tarikh pembelian sudah tutup. Bila tengok senarai pembeli, tak sampai 500 lagi. Jadi, saya tanyalah sama ada pembelian dibuka atau tidak. Alhamdulillah, mungkin sudah menjadi rezeki saya pembelian masih dibuka. Saya tunggu hari-hari demi, hari ni baru sampai. Pagi tadi, sebelum pergi tuisyen terus pergi tuntut barang.

Haa, itulah Impian 3 & 4. Saya juga dapat membaca kisah perkahwinan Fasha dan Amir secara ebook percuma. Kisah pendek Farah & Fahrin. Saya juga dapat autograf Ain Maisarah. Saya juga akan dapat kad kahwin Fasha. Huhu, Majlis kahwin Fasha tahun depan. Waktu pesta buku antarabangsa. Hurrmm, nampaknya kena pergi jugak pesta buku kl tahun depan!

Quranology


SubhanAllah, buku ini sangat best! Saya dapat tahu apa yang saya masih tidak tahu tentang Al-Quranul Karim. Saya dapat tahu perkara-perkara baru yang sebelum ini saya tidak tahu. Sememangnya, ilmu saya sedikit sangat. Jadi, saya perlu lebihkan membaca buku-buku seperti ini. Kalau tengok pada piramid bacaan, ternyata al-Quran itu perlu dibaca paling banyak. Jadi, saya rasa membaca buku mengenai al-Quran juga termasuk dalam tahap yang tertinggi itu.

Saya suka gaya penulisannya juga agak santai. Tidak terlalu formal saya rasa. Tidak membosankan. Ternyata penulisnya, Mohammad Asyraff Ayob berjaya memikat hati saya untuk terus membaca, dan membaca buku ini hingga ke bab yang terakhir. Sekiranya kita membeli buku ini, kita akan dapat ebook percuma dan boleh menghadiri kem tahfiz pada tahun 2013 dengan percuma!

Quranology, itulah tajuk yang diberi. Quranology, perkataan 'logy' pada tajuk buku ini bermakna 'akhiran sebagai pembentuk nama ilmu. Contoh yang selalu kita dengar, psychology, sosiology.

Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab sememangnya kita sudah tahu. Kita juga wajib membaca al-Quran dengan bertajwid. Dalam buku ini, penulis membuat persamaan, tajwid ini seperti Matematik Moden, manakala Qiraat pula seperti Matematik Tambahan. Jadi, Qiraat lebih susah dan perlu dipelajari kepada orang yang lebih pakar.

Terdapat satu kisah dalam buku ini, ada seorang wanita yang akan menjawab pertanyaan dengan menggunakan ayat al-Quran. Sepanjang hidupnya, tidak pernah bercakap cakap kosong. Semua kata-katanya adalah berdasarkan al-Quran.SubhanAllah.

Buku ini juga menerangkan 40 soal jawab fiqah popular tentang Quran. Dalam banyak-bayak itu, saya dapat tahu jika kita dalam berhadas besar kita tidak dapat memegang al-Quran. Kita boleh meletakkan alQuran tersebut di dalam beg bersama barang-barang yang lain. Jadi, bila membawa beg tersebut, kita perlu niat membawa beg biasa, bukan al-Quran. Hukumnya harus.

Sebenarnya banyak lagi kandungan buku ini yang sangat menarik.



Anakku Bijak Belajar

Alamak! Sudah tiga hari tertinggal. Huhu, nampaknya kena cover baliklah. Bukan apanya. Sebenarnya semalam malas sangat nak bukak internet sebab ada baca satu buku ni, best sangat! Erm..buku tu saya akan cerita akan pada post yang seterusnya.



Buku kali ni bertajuk Anakku Bijak Belajar. Sentuhan ibu bapa. Erm.. tengok dari tajuk sudah tahu buku ini khusus untuk ibu bapa. Tetapi kat depan cover tu dah tulis juga, untuk semua. Sebenarnya, buku ini saya sudah baca pada dua tahun lepas waktu itu saya di tingkatan 1. Saya tidak ingat sama ada saya membaca penuh atau 'selak-selak'. Tetapi apabila saya melihat isi-isi dalam buku ini, saya rasa seperti saya sudah membacanya. Hurm..memang buku ini harus dimiliki oleh setiap ibu bapa. Buku ini mak yang beli. Saya cuma 'tumpang' baca.

Walaupun sudah lama saya membacanya, saya selalu ingat ada dua kata-kata motivasi yang terkandung dalam buku ini.

Berkata Andrew Martin, seorang pelajar memberitahunya,

"Kamu tidak mahu dilihat sebagai ulat buku oleh kawan-kawan, tetapi kamu juga perlu belajar bersungguh-sungguh. Kamu perlu menyiapkan kerja-kerja sekolah tetapi perlu juga mendengar cakap kawan semasa di dalam kelas. Kalau tidak, kamu akan dipulaukan"-halaman 140

Kata-kata ini selalu mengingatkan saya, walaupun menjadi ulat buku, kita tak sepatutnya membaca buku sepanjang masa sehingga tidak menghiraukan orang lain. Selalu kalau kita lihat, ulat buku, mesti pendiam. Kalau saya tanya kawan sekelas saya, saya pendiam atau tidak, tentu mereka akan cakap tidak kerana saya ni agak kuat menyembang juga. Yelah, sekali sekala perlulah bergurau supaya belajar lebih santai dan tidak terlalu stress.

Lagi satu, ini mungkin berguna untuk ibu bapa. Tetapi kata-kata ini saya sudah tak ingat terletak di muka surat mana dan sukar jugak nak mencarinya. Kata-kata itu lebih kuranglah :-

"Ibu bapa tidak beri apa yang mereka dapat sewaktu mereka kecil kepada anak-anak mereka"

Ok, apa yang saya faham di sini ialah, ibu bapa tak didik anak mereka macam mana nenek ngan atuk kita didik ibu bapa kita. Contohnya, dulu ibu bapa kita selalu dipukul sebab tak perlu mengaji contohnya, tetapi, sekarang ibu bapa kita pukul tak kita kalau kita tak pergi mengaji??



Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~