Buku kali ni bertajuk Anakku Bijak Belajar. Sentuhan ibu bapa. Erm.. tengok dari tajuk sudah tahu buku ini khusus untuk ibu bapa. Tetapi kat depan cover tu dah tulis juga, untuk semua. Sebenarnya, buku ini saya sudah baca pada dua tahun lepas waktu itu saya di tingkatan 1. Saya tidak ingat sama ada saya membaca penuh atau 'selak-selak'. Tetapi apabila saya melihat isi-isi dalam buku ini, saya rasa seperti saya sudah membacanya. Hurm..memang buku ini harus dimiliki oleh setiap ibu bapa. Buku ini mak yang beli. Saya cuma 'tumpang' baca.
Walaupun sudah lama saya membacanya, saya selalu ingat ada dua kata-kata motivasi yang terkandung dalam buku ini.
Berkata Andrew Martin, seorang pelajar memberitahunya,
"Kamu tidak mahu dilihat sebagai ulat buku oleh kawan-kawan, tetapi kamu juga perlu belajar bersungguh-sungguh. Kamu perlu menyiapkan kerja-kerja sekolah tetapi perlu juga mendengar cakap kawan semasa di dalam kelas. Kalau tidak, kamu akan dipulaukan"-halaman 140
Kata-kata ini selalu mengingatkan saya, walaupun menjadi ulat buku, kita tak sepatutnya membaca buku sepanjang masa sehingga tidak menghiraukan orang lain. Selalu kalau kita lihat, ulat buku, mesti pendiam. Kalau saya tanya kawan sekelas saya, saya pendiam atau tidak, tentu mereka akan cakap tidak kerana saya ni agak kuat menyembang juga. Yelah, sekali sekala perlulah bergurau supaya belajar lebih santai dan tidak terlalu stress.
Lagi satu, ini mungkin berguna untuk ibu bapa. Tetapi kata-kata ini saya sudah tak ingat terletak di muka surat mana dan sukar jugak nak mencarinya. Kata-kata itu lebih kuranglah :-
"Ibu bapa tidak beri apa yang mereka dapat sewaktu mereka kecil kepada anak-anak mereka"
Ok, apa yang saya faham di sini ialah, ibu bapa tak didik anak mereka macam mana nenek ngan atuk kita didik ibu bapa kita. Contohnya, dulu ibu bapa kita selalu dipukul sebab tak perlu mengaji contohnya, tetapi, sekarang ibu bapa kita pukul tak kita kalau kita tak pergi mengaji??
No comments:
Post a Comment