Friday, November 26, 2010

Siri Aku Mahu-Ain Maisarah

Bismillah,


Siri Aku Mahu AinMaisarah, rasanya semua orang tahu tentang buku-buku Aku Mahu AinMaisarah ni, kan? Kalau ada yang tak tahu tu maknanya dia tu tak suka baca buku, ataupun bukan orang Malaysia, ataupun tak tau cakap Melayu, ataupun tak pernah pergi kedai buku. Hurmm, ataupun sudah dewasa, tak minat dah nak baca buku remaja-remaja ni.

Saya mulakan dengan Aku Mahu Popular, di mana buku ini saya beli di Pesta buku. Buku ini buku pertama saya baca hasil daripada tulisan Ain Maisarah.


Farah dan Ina sudah bosan duduk di dalam golongan hierarki terendah di sekolah mereka! Bosan kerana tidak dikenali, bosan kerana tidak dipandang dan paling utama bosan bila tidak diminati oleh mana-mana pelajar lelaki! Mereka mahu sepopular ahli kumpulan The Wannababes iaitu Fasha, Shasha, Sazzy, Nana, Fazura, Linda dan Diana! Farah dan Ina bertekad dan berazam mahu menjadi popular dengan apa cara sekalipun! Adakah rancangan mereka akan berjaya? Ikuti segalanya dalam buku bertajuk Aku Mahu Popular!


Selepas Aku Mahu Popular, saya baca Aku Mahu Saiz S pula, buku ini saya tidak membelinya kerana saya hanya meminjam daripada kawan saya, Aina Husna.

Buku ini mengisahkan tiga orang sahabat yang bersaiz XXL. Mereka sering dicaci oleh kumpulan Saiz S. Oleh sebab satu kejadian, kumpulan Saiz S ni perlu jadi mentor kepada Kumpulan saiz XXL ni. Pelbagai cara mereka lakukan untuk membolehkan mereka dapat memakai baju yang bersaiz S. Tetapi akhirnya mereka tidak berjaya. Mereka hanya berjaya memakai baju bersaiz M. Erm..sebenarnya saya sudah lupa nama karekter dalam buku ini. Saya membacanya pada zaman sekolah rendah dulu.



Aku Mahu Teman Tapi Mesra pula, rasanya sambungan kepada Aku Mahu Saiz S. Kisah ini tentang Widya yang hanyut dalam percintaannya dengan MrLobakLobak seseorang yang dikenalinya melalui laman sembang. Dia terlalu taksub dengan menyukai MrLobakLobak sehingga pelajarannya semakin merosot. Manakala kawannya, Edrina berkenalan dengan pelajar baru iaitu Zed bin Zaidi. Mereka sama pandai dan secocok. Mereka saling berhubung melalui emel tetapi mereka tidak tahu antara satu dengan yang lain.


Ha, Aku Mahu Buli pula. Buku ini kakak yang beli. Mungkin buku ini agak lambat saya baca daripada orang lain. Almaklumlah, sebelum ini sangat susah untuk saya mendapatkan buku PTS kerana di Perlis tidak ada kedai yang menjual buku pts. Mungkin ada, cuma tak jumpa. Tapi sekarang sudah ada, kedai buku hiroq.

Buku ini tentang Mimi Monira, pelajar Sri Bangsa yang baru berdaftar di sekolah itu. Dia yang tidak mengenali kumpulan the Wannababes, telah duduk di tempat VIP kumpulan itu di kantin. Setelah itu, ahli kumpulan the Wannababes merancang pelbagai strategi untuk membuli Mimi Monira. Mereka menggelar Mimi Monira dengan gelaran Mimi Monira Badak Air. Mimi Monira berasa tertekan dan merancang untuk mengenakan kumpulan tersebut. Dia telah merosakkan nama sekolahnya kerana membatalkan sekolahnya daripada menjadi tuan rumah bagi acara bola sepak. Dia telah merosakkan padang sekolah supaya kumpulan the Wannababes jatuh tergolek semasa membuat sorakan. Jadi, Mimi Monira dibuang sekolah. Akhirnya kumpulan the Wannababes dihukum mencuci tandas kerana sering membuli Mimi Monira.

Siri Aku Mahu ini, saya akan sambung pada entri akan datang.
Sumber:
Sinopsis Aku Mahu Popular & Gambar

No comments:

Post a Comment

Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~