Penulis: Ramlee Awang Murshid
9 nyawa sering kali dikaitkan dengan nyawa kucing yang dikatakan mempunyai 9 nyawa, namun novel ini bukanlah mengenai riwayat hidup seekor kucing. Novel ini mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan.
Kisah bermula dengan sebuah peristiwa kemalangan yang membabitkan dua buah kereta. Ketika itu, Intan Suryani berumur 8 tahun. Dalam kemalangan itu, ayahnya telah meninggal dunia manakala Intan Suryani masih terlantar di hospital. Ibunya Azizah sangat bimbang akan keadaannya anaknya. Azizah bersungguh-sungguh mahukan anaknya selamat. Dr. David Chu yang merawat Intan Suryani merupakan kawan ayahnya semasa di universiti dahulu. Dr David Chu dan Azizah saling berkenalan. Azizah menceritakan tentang masalah kesihatan Intan Suryani yang menghidap penyakit jantung sejak dilahirkan. Sejak itu, mereka menjadi rapat. Semasa sedang menjaga Intan Suryani di hospital, Azizah bermimpi, dalam mimpi itu, Intan Suryani dikelilingi berpuluh-puluh ekor kucing, Intan memberitahunya bahawa dia mempunyai 9 nyawa. Dia berkira-kira, Intan sudah kehilangan 2 nyawa-ketika dilahirkan dan dalam kemalangan itu.
Sepuluh tahun kemudian, Intan Suryani diserang penyakit jantung, dia rebah. Dia dapat melihat ibunya membuat CPR kepadanya, dan seminit selepas itu, dia sedar kembali. Intan sudah kehilangan 3 nyawa. Azizah sering terganggu dengan bayangan arwah suaminya, Sanusi yang menafikan bahawa Intan itu anaknya. Dahulu, atas kehendak suaminya yang mahu anak secepat mungkin, Azizah membuat kaedah IVF in vitro fertilisation di US. Selepas Intan dilahirkan, Sanusi tidak mempercayai bahawa Intan itu anaknya kerana Intan tidak menyerupai Sanusi.
Hakim, seorang lelaki buta hidupnya hanya tinggal sebatang kara. Ibu bapanya sudah meninggal dunia, kini dia tinggal bersam-sama adiknya,Shauqi di rumah flat kos rendah. Hakim mendapat tawaran bekerja di Hospital tan teck long menjadi telefonis. Adiknya, Shauqi terlibat dalam perniagaan barangan haram tanpa pengetahuan Hakim. Hakim dapat mendengar suara orang yang akan meninggal dunia. Dia dapat membantu En. Jaafar yang mempunyai hhutang dengan kawannya sbelum En Jaafar meninggal dunia.
Pada suatu hari, Khairil ke D’Diamond-perusahaan milik Azizah untuk membeli berlian. Intan melayan pelanggannya itu dengan baik sekali tetapi ditegah oleh Azizah. Azizah selalu mengongkong Intan.Azizah tidak membenarkan Intan terlalu rapat dengan mana-mana lelaki walaupun sebagai sahabat. Tiba-tiba, dua orang perompak memasuki galeri D’Diamond. Khairil menendang salah seorang perompak tersebut, oleh sebab terkejut, perompak itu melepaskan tembakan dan terkena ke kepala Intan. Walaubagaimanapun, Intan selamat. Dia kehilangan nyawanya yang ke-4. Dia menganggap khairil sudah selamatkan nyawanya. Untuk berterima kasih kepada Khairil, dia keluar makan tengah hari bersama-sama khairil tanpa pengetahuan Azizah. Pada saat itulah, perasaan cinta mula tumbuh di hati Intan.
Pada suatu malam, Intan bermimpi kelibat hitam yang menakutkan. Dia sesak nafas, dan kehilangan nyawanya yang ke-5. Pada malam itu, Azizah menukar tempat tidur dengan Intan. Pada keesokan harinya, rumah mareka didapati diceroboh tetapi tidak dipecah masuk. Kawalan keselamatan diperketatkan di rumah dua tingkat itu. Khairil datang ke rumah intan untuk ke Istanbul dengan alasan ibubapanya meninggal dunia. Pada malam itu, Azizah dikejutkan dengan kepulangan Dr. David Chu yang pulang dari Ireland setelah menyambung pelajarannya di sana.
Hakim berkawan rapat dengan Dr. Karen sejak dia bekerja di hospital. Dr. Karen berasa tertekan kerana teman lelakinya, Carl minta memutuskan hubungan mereka. Lebih menyakitkan lagi, apabila Dr. Karen mengetahui dirinya sedang mengandung. Dia bertekad ingin membunuh diri tetapi ditegah Hakim.
Azizah dan Intan kini dalam bahaya, ketika dalm perjalanan ke tempat kerja, dua buah motorsikal melepaskan tembakan kea rah mereka. Intan kehilangan nyawanya yang ke-6.
Dipercepatkan cerita, Intan menikahi Khairil. Semasa mereka berbulan madu di Singapura, Intan mengalami kejutan jantung. Intan koma. Dalam komanya, dia dapat berbicara dengan Hakim. Dia juga dapat mengetahui siapa Khairil yang sebenarnya. Khairil sebenarnya ialah Carl, boyfriend kepada Dr. Karen. Khairil sebenarnya hanya mahukan harta Intan selepas dia meninggal dunia. Tetapi Intan dapat diselamatkan dan Khairil ditangkap polis. Intan pula mula menyukai Hakim. Intan juga dapat mengetahui bahawa ibunyalah yang membuatkan Hakim menjadi buta dalam satu kemalangan. Pn Azizah akan berusaha untuk menyembuhkan mata Hakim.
wah
ReplyDeletexpenah baca lagi tapi cnfirm best nih sebab novel ramlee awang mursyid
ku simpan duit nak beli novel terbaru dia Rayyan Fantasi
Jom Tengok Entry Terdahulu
P/S : Download OST Lagu Tema Putera Katak - Ku Gembira
P/S : Download Filem : Estet
P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?
warghh.9NYAWA...tak pernah bace lagi..wuwu..
ReplyDeletebaru baca RANGGAU dengan UNGU KARMILA...
mau pinjam buley tuan umah...hahaha
Ramlee Awang Murshid memang best! huhu..cuba try carik kat library kot2 ada..
ReplyDelete