Saturday, November 27, 2010

Aku Mahu ke New York 1&2


Dua buah buku ini sebenarnya baru sahaja saya selesai menghabiskannya dua tiga hari yang lalu. Kalau dihitung, mungkin satu hari untuk saya baca dua buah buku ini. Mula-mula, bila dilihat pada tajuknya, saya ingatkan mereka sudah habis SPM dan ingin menyambung pelajaran mereka ke New York. Sebenarnya begini, pada suatu hari dua daripada ahli the Wannababes terdengar perbualan guru mereka bahawa ada program pertukaran pelajaran ke New York. Kouta untuk program pertukaran pelajar itu sudahpun penuh. Jadi, mereka merancang untuk merasuah supaya pelajar yang memberi nama, memotong nama mereka dan mengisi nama 7 ahli wannababes. Sebelum ke New York, mereka tidak peduli akan perjumpaan-perjumpaan yang diadakan untuk diberi taklimat tentang program tersebut.

Pada hari yang dinantikan, kumpulan the Wannababes datang lewat ke Airport. Mereka terkejut apabila dapat tiket ke Sarawak. Fazura menyedapkan hari mereka, bahawa mereka hanya berhenti sekejap di Sarawak. Apabila tiba di suatu tempat yang memang mereka hendak tuju, mereka terkejut! Rupa-rupanya 'New York' yang mereka idam-idamkan itu hanyalah Kampung New York. Ahli kumpulam the Wannababes berasa sangat malu. Pelbagai kesukaran yang mereka terpaksa tempuh. Antaranya, mereka perlu tidur di dalam sebuah bilik bersama-sama rakan-rakan yang lain, rumah panjang yang mereka menginap itu tidak ada elektrik jadi mereka tidur dalam keadaan gelap dan panas. Di kampung itu juga tidak ada tandas jadi mereka terpaksa mandi di sungai. Mereka sangat tertekan dalam keadaan begitu, jadi mereka merancang membuat plan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Sambungan-Aku Mahu ke New York 2

7 ahli the Wannababes berfikir mahu mencari alasan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Mereka mendapat idea untuk berlakon demam denggi berdarah. Nana & Sazzy ditugaskan untuk menjadi watak utama. Mereka berdua terpaksa mengepit buku sabun di celah ketiak supaya suhu badan naik dan tangan mereke diconteng dengan pen merah supaya nampak real demam denggi mereka itu. Sazzy menelefon ibunya, dia memberitahu dia terkena demam denggi. Ibunya tidak mempercayainya bulat-bulat. Ayah Sazzy menghantar doktor untuk memeriksa tahap kesihatan Sazzy. Ternyata, doktor itu memberitahu ayah Sazzy bahasa dia tidak terkena demam denggi. Sejak hari itu, doktor daripada Jabatan Kesihatan berjanji untuk memeriksa kesihatan penduduk kampung kerana Pusat Kesihatan dari kampung itu amatlah jauh. Tok ketua berterima kasih kepada Sazzy kerana sudi menolong penduduk kampung.

Apabila rancangan mereka gagal, mereka menyuruh Nana pulamenghubungi ibubapanya supaya menolong mereka keluar daripada situ. Kebetulan dalam perjalanan ke sekolah, Nana hampir terjatuh apabila melalui sebatang titi. Dia memberi alasan itu kepada bapanya tetapi malangnya bateri telefon bimbitnya kehabisan sebelum sempat memberi tahu perkara sebenar. Dua tiga hari kemudian, beberapa orang datang ke kampung itu kerana hendak membina sebuah titi yang lebih kukuh. Tok Ketua mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Nana. Kemudian, Fasha menawarkan diri. Dia memberitahu Pak Mad, pemandunya menyuruh Pak Mad mengurus perjalanan mereka untuk pulang ke semenanjung. Malang sekali, ayah fasha tidak benarkan Fasha pulang kerana ibu bapa fasha sedang bergaduh. Pak Mad pergi ke Kampung new York untuk menyelesaikan masalah Fasha. Pak Mad mengupah orang supaya elektrik dihidupkan dan tandas dibina. Fasha pula mahu membalas dendam terhadap bapanya. Dia membelanja semua penduduk makan KFC, McD dan Pizza dalam satu jamuan. Akhirnya, setelah sebulan mereka pulang. Fasha sangat rindukan penduduk Kampung New York. Ahli the Wannababes juga boleh menyesuaikan diri semasa di sana.

Beberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada buku ini ialah:-

1. Kita janganlah sombong. Contohnya, The Wannababes tidak mahu mendengar taklimat tentang program tersebut. Tengok, sampai silap tempat yang mereka ingat mereka akan pergi.

2. Mesti bersangka baik dan berbuat baik.

3. Belajar berdikari di tempat baru.

4. Dan banyak lagi. Hihi

No comments:

Post a Comment

Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~