Friday, November 26, 2010

Gelak Tergolek-Wann Azlan


Sebuah novel yang bertajuk Gelak Tergolek ini ditulis oleh Wann Azlan. Terbitan Kaki Novel Enterprise.

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai membacanya tadi. Seharian ini saya bertungkus lumus untuk menghabiskannya. Sebenarnya, novel ini sudah lama dibeli oleh kakak. Sebelum ini saya hanya membaca hingga muka surat 50+ lebih kurang, dan pada hari ini saya menghabiskan membacanya hingga ke halaman terakhir. Sekali baca pada tajuknya sudah kita tahu, novel ini berunsurkan humor. Apabila saya membaca buku ini, tidak lah saya gelak tergolek-golek kerana pada pendapat saya, lawak yang ditonjolkan dalam cerita inni tidaklah lawak mana pun. Mungkin lawak-lawak itu bukanlah citarasa saya. Lawak-lawak yang dibuat ini kebanyakannya lawak pekak, lawak buta huruf, lawak silap-sila sahaja memanjang. Tidaklah menggeletek hati saya sangat. Pada saya, lawak-lawaknya tidak professional, hanya lawak kosong.

Walau bagaimanapun, ada juga lawak-lawak yang membuatkan saya gelak tetapi tidaklah sampai terguling-guling. Contohnya, dalam novel ini terdapat satu karekter bomoh yang bernama Pak Mail Kubur. Yang lucunnya, dulu dia pernah mengajar orang mengurut di rumahnya. Ada lima enam orang yang datang menuntut dengannya. Anak-anak muridnya telah mereka perkataan KUBUR, yang diambil daripada akronim Kolej Universiti Bomoh Urat Rosak. Hah, ambik kau, kolej universiti tu! (halaman 191). Ada la dua tiga lawak, bagi saya la.

Kisahnya bermula, dengan Rahman, yang berusaha untuk memikat Maimun. Rahman seorang kontraktor, tinggal di bandar. Manakala Maimun pula tinggal di kampung. Emak Rahman, Puan Senah tidak mahu menantukan Maimun, dia mahu menjodohkan Rahman dengan Zara-anak datin. Walaubagaimanapun, Rahman menyuruh rakannya, Farid memikat Zara supaya Zara menolak penangan Puan Senah.

Selepas itu, mereka berkahwin, semasa dalam proses perkahwinan, ada saja halangan dan pelbagai ragam lah. Si Rahman ni, waktu ni lah nak tinggal sampin dan songkok. Pastu semasa akad nikah, banyak kali baru selesai. Haha, waktu ni pun, lawak juga. Selepas itu, mereka menjalani hidup sebagai sepasang suami isteri. Emak Rahman mahukan Maimun mengandung secepat mungkin. Selepas mendapat cucu kembar, Puan Senah sangat menyayangi cucunya itu. Yang lawaknya, ada ke patut, bila Maimun bawa balik anaknya, Puan Senah pergi ke balai polis untuk melaporkan bahawa Maimun telah menculik anaknya. Mana ada ibu bapa yang culik anaknya sendiri. (laugh)

Dipercepatkan cerita, Hari Raya hampir menjelang, Rahman pun membawa isteri, anak-anaknya dan mertuanya membeli baju raya. Apabila raya menjelang, dia mengetuai takbir hari raya di surau. Dia tidak tahu untuk menghentikan takbir, lalu dia azankan saja.-itulah penamatnya.

Sumber gambar : Kakinovel.com

No comments:

Post a Comment

Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~