Thursday, December 16, 2010

Tips minat membaca?

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantara kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5)

Bismillah,

Semalam ada la sorang ni, tanya saya tips untuk memupuk minat membaca. Kalau nak pupuk minat ni, perlulah dipupuk sejak kecil. Tapi, tak terlambat lagi untuk kita minat membaca kerana membaca ini perkara yang sangat berfaedah. Membaca bukan sahaja tertumpu kepada buku tetapi bahan bacaan lain juga boleh kita baca seperti surat khabar, majalah dan sewaktu dengannya. Tetapi janganlah membaca bahan bacaan yang tidak berfaedah.


burung hantu pun baca buku, apatah lagi manusia..hihi

Mungkin, untuk memupuk minat membaca bolehlah praktikkan perkara-perkara berikut :-

1. Sentiasa rasa diri kurang berilmu.

Cuba pergi ke sebuah kedai buku ataupun library. Tengok semua buku-buku yang ada di sana. Bila tengok semua buku, cuba tanya diri kita. Adakah kita tahu semua isi kandungan dalam buku itu? Kalau tidak, itulah tandanya kita kurang berilmu. Ya, sememangnya ilmu manusia sangat sedikit.

Firman Allah "Dan aku tidak diberi ilmu, kecuali hanya sedikit" (Surah al-Isra' 17:85)

Pernah ke kalau kita tengok pelajar cemerlang SPM atau cemerlang dalam bidang apa sekalipun, mereka ni malas membaca ke? Tentulah tidak. Katakanlah pada suatu hari kita sudah mempunyai anak. Anak kita mestilah akan tanya macam-macam perkara. Kalau kita tak mampu nak jawab, mesti anak kita fikir kita tak pandai pulak. Ingat, anak-anak akan datang lebih jauh bijak berbanding zaman ini. Jadi, kita perlulah sediakan diri untuk menjadi ibu, bapa, datuk, nenak, mak cik dan sewaktu dengannya yang pintar.

2. Beli buku yang menarik

Mungkin salah satu punca orang ramai malas baca buku sebab rasa isi kandungan yang membosankan mungkin. Cuba tengok kanak-kanak, mereka sangat sukakan buku yang bewarna. Ada budak-budak, yang datang ke rumah saya mereka melihat buku yang bewarna warni sampai tak mahu balik dah. Jadi, emak saya bagi je buku tu kat depa. Jadi, bolehlah beli buku yang bergambar. Mungkin itu sesuatu yang lucu bagi orang dewasa untuk membeli buku yang bergambar macam tu. Tapi, mungkin sebagai langkah awal merasakan keindahan membaca buku. Buku yang saya suka sekali yang banyak gambar ialah buku Keluarkan Singa Daripada Diri Anda. Buku ini terdapat banyak singa yang comel-comel belaka. Saya sendiri tidak suka baca komik yang tak bewarna, tapi suka yang bewarna saja.

3. Istiqomah

"Allah menyukai pekerjaan yang dilakukan secara terus-terusan walaupun pekerjaan itu kecil ataupun sedikit" (Hadis laporan Bukhari dan Muslim)

Istiqomah bermaksud melakukan secara berterusan. Kalau tengok di header atas itu, saya menulis 'Sehari sebuah buku, lama-lama jadi gunung'. Sehari sebuah buku yang saya maksudkan ialah melakukan sedikit saja, tetapi secara berterusan. Saya juga kadang-kadang mengambil beberapa hari untuk menghabiskan sebuah buku. Jadi di situ, bukan saya maksudkan satu hari saya baca satu buku, tetapi istiqomah dalam membaca. Mungkin anda boleh mulakan sehari sehelai muka surat. Tak kiralah satu muka surat ke, satu bab ke, janji, istiqomah.

Tahun lepas, waktu itu saya mendapat ketiga dalam peraduan menulis cerpen hari guru, jadi penerima hadiah perlu menghadiri latihan sebelum majlis terlebih dahulu. Lebih kurang 3 hari kot sebelum majlis berlangsung. Salah seorang penerima hadiah itu ialah seorang budak cina. Sementara dia menunggu, dia akan membaca sebuah buku yang TEBAL. Pada keesokan harinya, dia juga membawa buku tajuk lain. Jadi pada fikiran saya, dia membaca sehari sebuah buku. Rasanya buku itu dia pinjam kat library sebab ada cop.

4. Membina mini library

Mungkin di rumah boleh membuat library kecil supaya boleh membuang masa kita disitu. Apabila kita melihat buku-buku itu, mungkin ada rasa ingin membaca walaupun satu buku. Kepada ibu bapa, saya rasa cara ini perlu dilakukan untuk anak-anak minat untuk membaca dan membaca.

5. Membaca secara santai

Jadikan membaca satu hobi. Membaca pada waktu lapang. Membaca blog juga ada lah satu aktiviti membaca. Jangan jadikan membaca sebagai tekanan. Mungkin boleh membaca sambil diselang selikan dengan tengok televisyen. Waktu iklan boleh baca sikit. Ini juga boleh melatih konsentrasi kita terhadap bacaan dengan gangguan bunyi.

Semua umat Islam perlulah rajin membaca supaya ilmu bertambah, tidaklah kita dicop orang yang kurang berilmu. Namun, rakyat Malaysia menunjukkan kurang membaca. Statistik menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setiap tahun. Hakikatnya, kita masih jauh kebelakang berbanding Jepun yang membudayakan iqra' di mana jua mereka berada. Harap tip ini dapat membantu.

Bacalah..kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu. Ilmu pula imam kepada segalam amalan. Dan amalan itu akan membaca kepada taqwa. Allah S.W.T telah memilih kalima iqra' untuk mentarbiah umat..-dipetik daripada majalah Solusi isu no. 18 (Sila dapatkan untuk mengetahui tentang membaca lebih lanjut)

1 comment:

Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~