Thursday, December 9, 2010

Quranology


SubhanAllah, buku ini sangat best! Saya dapat tahu apa yang saya masih tidak tahu tentang Al-Quranul Karim. Saya dapat tahu perkara-perkara baru yang sebelum ini saya tidak tahu. Sememangnya, ilmu saya sedikit sangat. Jadi, saya perlu lebihkan membaca buku-buku seperti ini. Kalau tengok pada piramid bacaan, ternyata al-Quran itu perlu dibaca paling banyak. Jadi, saya rasa membaca buku mengenai al-Quran juga termasuk dalam tahap yang tertinggi itu.

Saya suka gaya penulisannya juga agak santai. Tidak terlalu formal saya rasa. Tidak membosankan. Ternyata penulisnya, Mohammad Asyraff Ayob berjaya memikat hati saya untuk terus membaca, dan membaca buku ini hingga ke bab yang terakhir. Sekiranya kita membeli buku ini, kita akan dapat ebook percuma dan boleh menghadiri kem tahfiz pada tahun 2013 dengan percuma!

Quranology, itulah tajuk yang diberi. Quranology, perkataan 'logy' pada tajuk buku ini bermakna 'akhiran sebagai pembentuk nama ilmu. Contoh yang selalu kita dengar, psychology, sosiology.

Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab sememangnya kita sudah tahu. Kita juga wajib membaca al-Quran dengan bertajwid. Dalam buku ini, penulis membuat persamaan, tajwid ini seperti Matematik Moden, manakala Qiraat pula seperti Matematik Tambahan. Jadi, Qiraat lebih susah dan perlu dipelajari kepada orang yang lebih pakar.

Terdapat satu kisah dalam buku ini, ada seorang wanita yang akan menjawab pertanyaan dengan menggunakan ayat al-Quran. Sepanjang hidupnya, tidak pernah bercakap cakap kosong. Semua kata-katanya adalah berdasarkan al-Quran.SubhanAllah.

Buku ini juga menerangkan 40 soal jawab fiqah popular tentang Quran. Dalam banyak-bayak itu, saya dapat tahu jika kita dalam berhadas besar kita tidak dapat memegang al-Quran. Kita boleh meletakkan alQuran tersebut di dalam beg bersama barang-barang yang lain. Jadi, bila membawa beg tersebut, kita perlu niat membawa beg biasa, bukan al-Quran. Hukumnya harus.

Sebenarnya banyak lagi kandungan buku ini yang sangat menarik.



1 comment:

Join 7daypromos.com
Salam, jom la join ni! Sehari satu klik, lama-lama jadi kaya~